012-2307867 / azlindaazis@gmail.com

Monday 6 April 2015

8 perkara Ibu Bapa yang punya anak istimewa harus tahu

Assalamualaikum..

Anak-anak istimewa adalah anugerah terbaik yang dianugerahkan untuk kita. Jadi jangan sesekali kita abaikan anak syurga kita ini.
Disini saya nak kongsikan 8 tips atau perkara yang ibubapa perlu buat atau tahu dalam membesarkan anak-anak syurga kita ini.

1) Jangan Stress / Kecewa / Menyalahkan diri atau sesiapa


Tak dapat dinafikan perasaan stress, kecewa dan salahkan diri ini memang setiap ibubapa akan rasa. Bohong kalau saya katakan yang saya tak rasa semua ini. Saya silap sebab amik masa hampir 2 bulan melayan perasaan-perasaan ini. Dan akhirnya tiada apa-apa yang berubah. Saya akhirnya sedar yang saya perlu amik langkah yang wajar untuk menangani situasi ini.

2) Rakan atau kumpulan sokong bantu


Untuk membesar serta mendidik anak-anak syurga kita ni, kita perlu ada kekuatan, bantuan serta sokongan. Macam saya, cara atau pendekatan paling mudah yang saya ambil adalah dengan join group Autism Malaysia dalam Facebook. Sekarang ni kan zaman berteknologi kan. Dalam group tu, macam-macam saya belajar dan sebenarnya macam jenis kanak-kanak yang saya dapat kenal dari group tu. Saya juga dapat semangat serta tunjuk ajar dan panduan untuk saya menjalankan terapi atau cara terbaik untuk saya didik anak syurga saya. Kumpulan ibubapa yang punya anak-anak ssyurga ini yang banyak sangat bantu saya dan bagi perangsang serta sokongan untuk jadikan saya lebih kuat dalam membesarkan anak syurga saya.

3) Sabar


Tak kiralah ibubapa yang punyai anak istimewa atau anak normal, saya rasa semuanya perlu  tahap kesabaran yang tinggi kan. Maklumlah anak-anak ni macam-macam kerenahnya. Tambah pula kita ni bekerjakan. Balik rumah dah penat, lepas tu anak pulak buat macam-macam kerenah, nak itu lah, nak ini lah, menangis lah, bergaduh lah..hehehe.. semua tu perluka kesabaran yang tinggi. Tapi macam ibubapa yang punya anak istimewa ni mungkin tahap kesabaran kena lebih tinggi lagilah sebab anak-anak syurga kita ni tak berapa paham apa yang kita nak sampaikan, ada pulak yang masih belum boleh cakap, lagi lah kita tak tahu apa yang diorang nak kan. Jadi banyak-banyakkan lah bersabar ye sebab anak-naak istimewa ni tak boleh dididik secara berkeras. Diorang ni manja..heehe

4) Luangkan masa untuk anak-anak


Kenapa saya cakap ibubapa yang punya anak istimewa ni kena luangkan lebih masa dengan anak-anak mereka?.. Ini adalah kerana, anak-anak syurga kita ni, lebih selesa atau lebih yakin dengan kita berbanding orang luar. Seteruk mana pun keadaan anak kita, percaya lah bahawa anak syurga kita tetap kenal kita, sayang kita dan dia lebih yakin dengan kita. Oleh itu, ibubapa jangan hanya bergantung pada pusat-pusat terapi yang kita hantar. Lakukan lah terapi dengan anak-anak syurga anda bersama-sama. Percayalah bahawa terapi terbaik dan yang paling berkesan adalah terapi yang dijalankan bersama ibubapa. Tak kira lah terapi indoor atau outdoor. Sebab dari situ, anak-anak syurga akan nampak kasih sayang kita.

5) Jangan asingkan anak-anak


Untuk anak-anak istimewa ini, cuba elakkan dari mengasingkan mereka dari dunia luar. Dedahkan mereka dengan persekitaran luar. Biarkan mereka bermain dengan kanak-kanak lain. Biarpun anak itu sekali pun tak nak bermain dengan orang lain, ibubapa tetap kena terus membawa mereka untuk berada dan bercampur dengan orang luar. Sebab kita tak nak dia akan kekal dan sentiasa berada dengan dunia dia. Yang penting ibubapa tak give up.

6) Awareness


Suka saya jelaskan mengenai isu awareness ni. Ini adalah masalah yang paling kerap berlaku dikalangan ibubapa yang punya anak-anak istimewa ini. Kebanyakan kita selalu bagitau yang orang sekeliling mengata, memandang semacam dan orang sekeliling tak faham dengan keadaan anak-anak syurga kita. Tapi pernah tak kita fikir secara logiknya dimana bagaimana orang sekeliling kita nak faham, nak tahu dan nak bantu kita kalau tiada sesiapa yang nak jelaskan kepada mereka mengenai autism, ADHD, dyslexia atau apa-apa lah. Jadi kita sebagai ibubapa yang punya pengetahuan, punya pengalaman serta pemahaman mengenai anak-anak ini lah yang perlu memainkan peranan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada mereka diluar sana. Terus terang saya katakan bahawa saya tiada langsung pengetahuan mengenai autism ini sebelum anak saya ada masalah ini. Malah, saya tak pernah tau pun ada sindrom autism, adhd, dyslexia sebelum ini. Jadi awareness tu kena datang dari kita sendiri. Jangan segan untuk berkongsi dengan orang luar.

7) Jaga pemakanan anak-anak dan beri makanan tambahan untuk mereka.


Untuk anak-anak istimewa ini, pemakanan yang diberikan juga sangat mempengaruhi keadaan mereka. Contohnya bagi kanak-kanak yang ada masalah hyperactive, makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi akan merangsang mereka untuk lebih hyperactive.
Untuk makanan tambahan atau supplement pula, anak-anak istimewa ini sangat digalakkan untuk mengambil supplement yang mengandungi omega-3, vitamin C, B6, Zat Besi, Magnesium dan Zinc. Jadi untuk membantu anak syurga saya, saya berikan dia omega guard shaklee yang mengandungi 7 spektrum penuh asid lemak omega 3 iaitu EPA, DHA, ALA dan banyak lagi dan 1 hidangan omega guard membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA. Selain itu saya berikan juga anak saya mealshake shaklee dimana ia mengandungi kesemua vitamin yang diperlukan oleh anak saya iaitu Vitamin C, B6, Zat besi, Magnesium dan Zinc.

8) Doa dan tawakal


Tidak dinafikan bukan mudah untuk membesarkan anak-anak syurga kita ini, tapi percayalah apa yang Allah dah tentukan adalah sebaik-baik perancangan untuk kita. Jadi jangan sesekali kita berhenti berdoa serta terus bersujud dan mengangkat tangan kepadaNya mohon moga diberi kekuatan, ketabahan serta dimudahkan segala urusan kita dalam mendidik serta membesarkan anugerah yang telah diberikan ini.

Moga kita ibubapa kepada anak syurga kita ini dapat membantu serta memberi yang terbaik kepada mereka..

Akhir sekali khas untuk ibubapa kepada anak-anak syurga semua..

" Ibubapa yang mempunyai anak-anak istimewa merupakan golongan ibubapa yang sangat "ISTIMEWA" kerana Allah memilih kita untuk menjaga Amanah-Nya, Allah memilih kita untuk menjaga Anugerahnya dan Allah memilih kita untuk menjaga Ahli Syurga-Nya.."

jika ada ibubapa yang nak borak-borak atau sembang tentang keadaan anak-anak syurga kita, bole email atau whatsapp atau cari saya di FB
~LiN~
email : azlindaazis@gmail.com
whatsapp/call : 012-2307867
FB; med mordoux
Fanpage : healthy wif aqil pitstop

Sharing is caring....

kebaikan mealshake


Kelebihan Omega Guard


Thursday 2 April 2015

World Autism Awareness Day


Hari ni 2 April -Sambutan Hari Kesedaran Autism sedunia.

Secara terus terangnya saya tak pernah tahu pun tentang kewujuhan "world autism awareness day" ni sebelum-sebelum ni.. Saya tak tau pun macam mana keadaan kanak-kanak autism ni.. Saya juga tak tau macam mana perasaan ibu bapa yang mempunyai anak autism ni..

Tapi lepas anak saya didiagnos mild autism bulan Januari lepas, saya mula mengetahui tentang autism. Saya mula mengenali keadaan anak-anak autism.. Saya mula mendekati ibu bapa yang punyai anak autism.. dan sekaraang dah lebih mengenali mereka. Saya tau perasaan mereka.

Sama seperti ibu bapa yang punya anak autism yang lain, saya juga pernah rasa kecewa, down, menyalahkan diri sendiri dan macam-macam lagi. Tapi alhamdulillah dengan bantuan serta sokongan dari ibu bapa yang lain, saya kini lebih kuat dan sudah boleh terima keadaan anak saya.

Bila cakap pasal awareness ni, memang tak dinafikan, bukan semua orang tau apa itu autism, sama macam saya sebelum ini yang tidak tau langsung pasal autism tu.
Saya tak boleh nak salahkan serta harapkan orang sekeliling memahami keadaan anak saya. Kita sebagai orang yang punya pengetahuan serta pengalaman mengenai autism ini lah yang perlu memainkan peranan untuk berkongsi dengan orang diluar sana berkaitan autism ini agar mereka faham dengan keadaan anak-anak syurga kita ini.

Memang bukan mudah untuk ibu bapa yang punya anak-anak autism ini mengawal keadaan, emosi serta masa mereka untuk mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.  Anak-anak syurga ini memerlukan special need. Jadi ibu bapa perlu kan banyak masa untuk anak-anak mereka, perlu tahap kesabaran yang tinggi, perlu mempunyai sifat terbuka dan kena rajin.

Saya harap orang diluar sana dapat memberi sokongan kepada anak-anak syurga ini dan kepada ibu bapa yang punya anak syurga ini. Percayalah bahawa sokongan anda amat-amat membantu kami malah ia membuatkan kami lebih kuat untuk membesarkan anak-anak syurga kami ini. InsyaAllah..


Monday 19 January 2015

Rahim Bengkak?? CYST?? Cara Atasinya...

Kenapa Rahim Bengkak?
Kenyataan serta statement dibawah adalah hasil dari bacaan dari beberapa artikel yang telah dikeluarkan.

Secara amnya, 
Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
Kilang telur = Ovari.
apa yang kita selalu dengar orang mengatakan yang "rahim bengkak". Padahal ramai yang tak pasti sebenarnya samaada rahim (uterus) atau ovari yang sebenarnya membesar. 
Bak kata peppatah, kalau tak tahu bertanya lah jangan jadi bodoh sombong pulakkan. Jadi seeloknya sebelum membuat andaian sendiri, dapatkan lah khidmat nasihat serta diagnosis dari doktor yang lebih pakar dalam hal ini. 
Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.
Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).
Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.
Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya adalah kerana :
1. Hormon Estrogen yang berlebihan.
- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Keadaan seperti ini sangat ketara pada mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.
Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.
2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).
Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.
Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.
3. Obesiti
- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.
Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.
4. Genetik
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?
Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.
Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation dijalankan?
Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.
Jadi bagaimana untuk mengelakkannya memandangkan kebanyakkan wanita berisiko terhadap ini?
Cadangan diet yang sesuai :
1. Elakkan makan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.
2.Makan buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.
3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.
4. Kawal berat badan
5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

**********************************************************************************************************************************
Sehubungan dengan itu, banyak desas desus yang menyatakan bahawa produk yang berasaskan soya tidak bagus untuk wanita.  Tak dinafiikan memang banyak isu tentang ini yang diperbahaskan. Ada pro and con lah.
Beberapa kajian mengatakan bahawa wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.
Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya sebagai makanan utama dan mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya secara langsung.
(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).
Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :
1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.
2. Immune enhancing nutrient - COQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc
3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.
4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.
5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.
6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi
7. Green tea - powerful antioxidant

Antara supplement yang popular dan sering disarankan untuk mereka yang mengalami masalah cyst adalah GLA COMPLEX. Boleh ke ambil GLA ni?
-GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.
Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Take care of your health.

More info:
LiN 012-2307867

Thursday 15 January 2015

2nd OT (Occupational Theraphy) for Muhammad Faris Aqil

Assalamualaikum..

13 Januari 2015 -3.00 petang, Saya dan husband bawa Aqil untuk 2nd OT dia di HUKM.



Mula sekali, teachers suruh Aqil masuk bilik 10. Bilik 10 tu lebih kurang macam playground lah..ada jambatan gantung, buaian dan lain-lain. Aqil memang seronok lah dalam tu sampai tak tercontrol. Aqil nak main mana yang dia suka dah ikut kehendak dia. Mula-mula masuk je dia dah terpikat nak main kat jambatan gantung tu..Tapi teacher pulak tarik dia untuk main buaian.. Hasilnya memang dia tak nak lah..Dia keraskan badan dia tak main buai..Sudahnya teacher biar aje dia main. Tanpa paksaan, akhirnya Aqil main juga buaian tu dan permainan lain dengan sendiri.



Lepas tu, Aqil disuruh masuk bilik 3 pulak.. Bilik 2 ni adalah bilik yang Aqil mula-mula masuk masa 1st time terapi dia kat sini..bilik yang sama dan meja yang sama..hehehe..

Ni gambar Aqil masa OT yang 1st time dulu masa bulan Nov 2014.
Dapat amik 1 gambar je masa ni. Maklumlah 1st time kan..



Then ni adalah 2nd OT Aqil - 13 January 2015

 

 

 

 Alhamdulillah.. perbezaan masa kali pertama dan kali kedua terapi Aqil nampak perbezaan yang ketara sangat...
Masa mula-mula dulu Aqil memang kurang sangat fokusnya dan cepat bosan ngan setiap permainan yang teacher bagi..
Tapi terapi yang kedua ni, alhamdulillah Aqil buat sampai habis setiap apa task yang teacher bagi. Teacher sendiri pun nampak peningkatan Aqil..

Harap-harap peningkatan perkembangan Aqil akan terus meningkat. Mommy sentiasa doakan yang paling terbaik untuk anak syurga mommy ni Muhammad Faris Aqil.

amin,,,

Tingkatkan immune system keluarga dengan Nutriferon

Assalamualaikum..

Demam, batuk, selesema..penyakit itu datang berpunca dari immune system kita yang lemah. Jadi seperti tajuk diatas, kita nak tingkatkan immune system keluarga kita dengan pengambilan Nutriferon

Tapi sebelum itu, jom kita kenali dulu apa itu nutriferon.


Apa itu Nutriferon?

    • Nutriferon adalah produk eksklusif dari Shaklee (tiada di mana2 farmasi mahupun kedai2 lain) dihasilkan oleh Dr. Yasuhiko Kojima setelah lebih 40 tahun penyelidikan
    • Merupakan campuran ekstrak tumbuhan semulajadi dari biji labu, bunga safflower, benih plantago dan kuntuman bunga Japanese Honeysuckle.
    • Terbukti secara klinikal dapat menyokong dan mernagsan proses gerak balas imun semulajadi badan
    • Meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh kita yang akan mengaktifkan sistem imunisasi badan

Siapa perlukan Nutriferon?

    • Mereka yang ingin kekal sihat
    • Mereka yang selalu ada masalah kesihatan dan sering sakit
    • Individu yang selalu stress
    • Ibu yang menyusukan anak dan anak sering demam, selesema, sakit
    • Individu yang selalu travel
    • Individu yang sibuk dan sukar mengamalkan diet yang seimbang

Apa kebaikan Nutriferon?

  • Mengukuhkan immune system dalam masa 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semuajadi di dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan meningkatkan secara keseluruhan immune system tubuh dengan menyerahkan siste pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells dan macrophage.
  • Melawan kanser & tumor - Interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang  dan mengaktifkan immunoglobulin melawan tumor dan sel-sel kanser. Ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.
  • Melindungi dari influenza - Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemran udara, melindungi dengan berkesan dari virus, mikrob. termasuk demam, selesema, alergi, keradangan, inflamasi dan influenza.
  • Meringankan tekanan atau stress dan kelesuan - ia membantu meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.
  • Melambatkan penuaan - Formula unik nutriferon shaklee ini merangsang pengeluaran macrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus, kuman. Oleh itu, sel-sel akan menjadi lebih sihat.
  • Mengurangkan jangkitan pesakit hepatitis B & C - Keberkesanan nutriferon shaklee ini dalam memerangi virus boleh mengurangkan kadar jangkitan dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit hepatitis B & C
  • Membantu masalah PMS - terbuktii secara klinikal, ia mengurangkan symptom yang terjadi akibat ketidak seimbangan system eendokrin iaitu menstrual cramp, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomia dan mood swing.

Saya sendiri telah mengamalkan pengambilan nutriferon ini untuk seisi keluarga saya. 
Untuk saya..
Untuk suami..
Untuk anak..

Kami dah rasai kehebatannya dah secara jujurnya anak-anak saya jarang demam, batuk dan selesema dan sekiranya demam, kami hanya memberi mereka nutriferon, mealshake dan omega guard. Tiada lagi antibiotik, ubat selesema dan ubat batuk. Saya dan suami juga tidak lagi mengamalkan pengambilan panadol. 

Alhamdulillah..

More info:
LiN 012-2307867

Wednesday 14 January 2015

Tiada lagi masalah cepat lesu, cepat letih, tak larat nak buat keje lain selepas habis waktu kerja...

Assalamualaikum..

PENAT..LETIH..LESU..TAK LARAT NAK BUAT KEJE LAIN...TAK LARAT NAK MASAK LEPAS ABIS KEJE...


Keadaan ini memang kerap dialami oleh kaum wanita atau kaum lelaki yang bekerja. Ialah seharian bekerja dipejabat dengan macam-macam kerja yang dilakukan. Perah otak untuk hasilkan dan dapatkan kerja yang bermutu. Mengadap report yang berlambak-lambak diatas meja. Melayan customer-customer yang bermacam-macam kerenah... Ini semua memang sangat memenatkan..
SANGAT-SANGAT PENAT!!.. Tambah pula lagi selepas habis kerja, terpaksa berkejar-kejar nak balik rumah untuk ambil anak-anak pula..
Bagi yang menaiki kereta atau motosikal, terpaksa pula menempuh jammed yang sangat-sangat memberi tekanan. Bagi yang naik public transport pula, terpaksa berebut-rebut untuk dapatkan tempat. Kena pula dalam tren atau bas yang sarat dengan ramai orang, bermacam-macam bau yang keluar..Adoiiiii...lagi lah...DAH LAH STRESS, PENAT, LETIH...sekarang tambah SAKIT KEPALA pulak....


Bila semua rasa tu dah ada, korang rasa-rasa, korang ade mood atau larat ke nak layan anak-anak kat rumah nanti?? Larat ke nak masak makan malam untuk family??.. Boleh bersabar ke kalau anak-anak kecil kita sepah-sepah atau tumpah-tumpah kat makanan atau minuman kat merata tempat dalam rumah??
Haaa.. jawapan nya mesti TIDAK kan???.. Saya pun alami masalah yang sama sebelum ini.

Bila badan kita dah sangat penat, tenaga pula tak ada, mulalah tahap kemarahan kita meningkat dan tahap kesabaran pun akan lenyap..Jadi macam-macam perkara lah yang akan jadi kemudian..

  • Marah anak lah
  • Bertekak dengan husband/isteri lah
  • Tak dapat masak untuk keluarga lah
  • Anak mula renggang dengan kita lah
Jadi bagi sesiapa yang alami keadaan seperti diatas, saya sangat-sangat syorkan korang cuba 
  1. Vitalea
  2. B Complex
  3. Vitamin C
Kenapa saya syorkan vitamin-vitamin ini??? ini adalah sebab saya sendiri dah rasai perubahan ketara dari pengambilan vitamin ini secara konsisten.

Saya dulu juga pernah alami keadaan macam kat atas tu. Bila balik kerja mesti rasa letih sangat-sangat. Tak larat nak masak dah. Secara jujurnya sebelum ini saya memang tak memasak pun dirumah disebabkan keletihan. Semuanya saya beli. Jadi husband dan anak-anak hanya makan masakan kakak atau abang kedai makan aje lah hari-hari. Itu baru bab memasak, tak masuk lagi bab layan anak-anak. Kemas rumah lagi. Lipat kain lagi. Nak-nak pulak anak-anak saya kecil-kecil lagi 1 year ++ dan 3 years ++...tau je lah budak-budak umur macam ni kan..Bila badan dah penat, mulalah mood pun tak berapa nak ada untuk borak atau sembang dengan en. husband. So layanan untuk husband pun dah makin kurang bila weekdays.

Tapi Alhamdulillah...

Sejak saya konsisten 3 supplement ini dan istiqomah, alhamdulillah badan saya lebih bertenaga dan segar..Saya boleh bertahan sehingga dapat tunggu sehingga anak-anak tidur. Saya kini dapat memasak makan malam untuk family saya..SETIAP MALAM ye saya memasak. peti sejuk pun dah penuh lauk-lauk. Masa saya untuk bermain dan melayan kerenah anak-anak pun ada selepas amik mereka dari rumah babysitter. 
Susah saya nak gambarkan perasaan saya sekarang sebab tak sangka yang saya sebenarnya mampu buat semua tu walaupun saya dah guna banyak tenaga ditempat kerja..Syukur sangat-sangat usaha saya berjaya.



Yang paling best selepas pengambilan vitamin ini, bukan saja saya lebih bertenaga, malah kulit saya pun semakin bersih dan elok. Saya yang dulu kerap sakit kepala pun dah tak lagi sekarang. Jarang sangat sakit kepala. 

Alhamdulillah..saya dah cuba dan alami kesannya.. Jadi korang pun patut cuba dan rasa kesannya juga..

more info:
LiN 012-2307867
FB: med mordoux
FB Page: Healthy wif aqil pitstop

Tuesday 13 January 2015

Tiada Lagi Menderita Cramp Kaki Ketika Hamil

Assalamualaikum

Kenapa kejang kaki/cramp sering menyerang ibu mengandung?Cramp atau kejang kaki ketika hamil adalah normal. Apabila memasuki trimester kedua dan ketika, ibu-ibu mengandung biasanya akan mengalami kejang kaki atau cramps yang menyerang di waktu malam. Walaupun ia adalah normal bagi ibu mengandung, tetapi masalah kejang kaki/cramps sangat menyakitkan dan boleh menganggu tidur malam ibu-ibu. Ia dikatakan berlaku dari pengumpulan asid serat otot yang membuat otot menjadi tegang. Ia biasanya akan merasa tegang dikawasan otot betis.Mesti ibu-ibu tertanya-tanya apa yang menyebabkan berlakunya cramp/kekejangan kaki ini kan??




PUNCA CRAMP/KEJANG KAKI

1. Kekurangan nutrien dan garam (Kalsium atau magnesium dalam darah)

Pengambilan makanan ketika hamil adalah sangat penting. Ketika hamil, segala zat-zat makanan yang ibu-ibu ambil akan dikongsikan bersama dengan bayi didalam perut. Jadi sekiranya kita tidak menjaga pemakanan, kekurangan zat akan berlaku kerana bayi didalam perut akan mengambil apa yang mereka perlukannya dari si ibu.

2. Pembesaran Rahim (uterus)

Rahim (uterus) yang semakin membesar sejajr dengan perkembangan baby dalam kandungan. Jadi, salur darah besar pada kaki si ibu akan tertekan kerana pembesara rahim (uterus). 

3. Perubahan Hormon

Kehadiran hormon progestron juga memberi kesan kepada otot kaki.

4. Perkembangan kandungan dan bebanan berat

Keadaan otot kaki yang letih berkemungkinan daripada keadaan berdiri yang lama atau terlalu banyak melakukan kerja. Bebanan berat yang semakin meningkat dan perut yang semakin membesar ketika hamil juga membuat otot kaki kita lebih cepat letih. 

CARA ATASI KESAKITAN KETIKA KEKEJANGAN BERLAKU


1. Regangkan kaki. Minta suami bantu untuk tegakkan kaki agar kedudukan kaki dan betis adalah 90 darjah. Pada masa yang sama gerakkan jari-jari kaki. Ibu akan menahan kesakitan buat sementara kerana kesakitan akan beransur-ansur kurang.


2. Urut pada otot yang tegang


3. Apabila sakit semakin kurang, ibu boleh cuba untuk bangun dan jalan perlahan-lahan.




CARA ATASI KEJANG KAKI KETIKA HAMIL

1. Pakai Stokin

Pakailah stokin sebaiknya ketika hendak tidur. Pilih stokin yang selesa atau seeloknya gunakan stokin sokongan

2. Senama Regangan 

Lakukan senaman ringan atau regangan otot sebelum tidur. Dapatkkan bantuan suami sekiranya ibu tidak larat untuk melakukan sendiri. Seeloknya tolakkan ibu jari ke arah lutut dan tolak tumit ke arah luar atau sejauh mungkin. 

3. Tinggikan kaki
Alaskan kaki ketika tidur dan pastikan keadaan kaki lebih tinggi dari badan



 4. Pengambilan kalsium
Pengambilan pil kalsium adalah antara cara yang paling mudah. Pilih kalsium yang ada kandungan vitamin D untuk penyerapan kalsium yang berkesan. Ostematrix, iaitu pil kalsium dari shaklee yang megandungi vitamin D, magnesium, cooper, boron dan zinc untuk penyerapan dan kesan yang lebih baik. 
Pengambilan ostematrix sebelum tidur akan membantu badan merasa lebih segar, menghilangkan kebas-kebas kaki, hilangkan lenguh badan, tiada lagi masalah kekejangan dan proses pembuangan menjadi lebih baik.


"Tahukah anda yang ibu mengandung memerlukan 1200-1500mg kalsium setiap hari. Ini sangat diperlukan bukan sahaja untuk elakkan kekejangan kaki, malah ia juga penting untuk perkenbangan baby dalam kandungan ibu. Selain itu, kalsium yang cukup juga dapat mengelakkan risiko baby lahir pra-matang dan baby tidak cukup berat."




5. Minum air yang mencukupi
Air merupakan elemen penting dalam kehidupan harian terutamanya untuk ibu hamil. Tapi jangan pula diminum sekali banyak sebab ia akan mengakibatkan badan mudah nyah hidrat. Minumlah air apabila hterasa haus. air yang mencukupi juga membantu elakkan risiko berlakunya kekejangan kaki ketika hamil.

6. Urutan di betis

Urutan dibetis dapat membantu dari berlakunya kekejangan kaki. Jadi gunakan peluang ini untuk dimanjakan oleh si suami dengan meminta bantuan mereka untuk mengurut ibu-ibu. Ada kajian menunujukkan bahawa sentuhan serta urutan dari suami dapat menghilangkan stress...Jadi...janganlah lepaskan peluang..hehehe



Moga tip-tip diatas dapat membantu masalah kekejangan kaki yang ibu-ibu hadapi dan pastikan ibu-ibu amalkan ia secara konsisten. Jadikan lah kehamilan kali ini lebih bermakna dan terindah dengan tiada lagi masalah kekejangan kaki.

Ibu sihat dan gembira, anak pun akan turut lahir dalam keadaan sihat gdan gembira kerana apa saja yang ibu rasai dan lalui, anak akan turut terasa. Jadi cari dan buat yang terbaik untuk diri sendiri dan juga anak didalam kandungan.

more info
LiN 012-2307867




Sunday 11 January 2015

Healthy Snacks For Those With ADHD

Assalamualaikum..

Seperti semua kanak-kanak lain, children with attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) need to eat a healthy diet, and that includes choosing healthy snacks. Jadi ianya WAJIB untuk mereka menddapatkan diet yang sihat.

Untuk memberi makan pada kanak-kanak atau seseorang with ADHD can be extra challenging for several reasons:

  • Ubat-ubatan boleh mengurangkan selera makan
  • Mereka yang hyperactivity expend lebih banyak tenaga dan mungkin memerlukan lebih banyak kalori
  • Mereka yang makan terlalu banyak gula-gula, boleh mengalami perubahan emosi due to blood sugar spikes.

Keeping these 3 issue in mind, disini ada beberapa idea snek yang adult and kid friendly untuk dikongsikan:

FRUIT SMOOTHIES




Untuk kanak-kanak yang mempunyai ADHD, vitamin, mineral dan serat dari  buah-buahan adalah sangat bermanfaat kepada mereka. If your child turns up his whole banana, try making a fruit smoothies from fresh fruits and yogurt instead.  Kisar pisang, strawberi, pic, jus oren, dan ais dalam pengisar, tambah yogurt jadikan lebih pekat sikit dan kemudian dah boleh serve.
Don’t be afraid to be creative when it comes to what you put in your smoothie, as u boleh gunakan mana-mana campuran buah-buahan.
Anda juga boleh tambahkan Mealshake dan omega guard kedalam smoothie anda. Ia akan menambahkkan extra fiber nutrisi makanan sihat dan omega-3 fatty acids.

WHOLE-WHEAT CRACKERS OR PRETZELS 



What kid doesn’t crave potato chips? Masalahnya disini. kerepek kentang, sarat dengan lemak dan menjadi kurang berkesan dalam cara pemakanan.To satisfy your child’s craving for crunch-worthy foods, offer whole-wheat crackers, baked chips, or pretzels instead. Hot-air popcorn is another healthier alternative that provides lots of fiber and can be a nice addition to your child’s ADHD diet. Pack some in your child’s backpack for when hunger strikes

HUMUS WITH PITA CHIPS



Hummus is a Middle Eastern spread yang dibuat daripada kacang kuda tanah dan tahini (bijan). Ia adalah satu sumber protein, serat, dan banyak vitamin yang kanak-kanak with ADHD perlukan untuk bertenang dan memberi tumpuan yang lebih baik.Serve it on fiber-rich whole-wheat pita that you've cut into pie-shape pieces. Try including colorful veggie spears for dippers as well.

MINI PIZZA


Pizzas are a fun, quick EASY snacks and no body will know they’re healthy. Buat pizza mini pada Tortilla gandum atau flatbread (itulah gentian) dengan keju & ayam. Protein helps feed the brain and reduces hunger-induced mood swings. It also fills kids up for longer because it slows the food on its path from the stomach to the small intestines. Fiber, a complex carbohydrate, takes longer to digest and keeps blood sugar levels stable longer.

DRIED FRUITS AND NUTS


Dried fruits are another great source of fiber for your child. They have little protein, but they go well with nuts, which can provide the protein needed in an ADHD diet. A dozen of almonds will net about 3 grams of protein. However, if you don't watch portion sizes, dried fruits and nuts can quickly add extra calories to your child's diet. That may not be a concern, since many kids with ADHD are hyperactive and need more calories anyway. But it's a good idea to divide the snack into small servings so your child doesn't overeat.

SNACKS WITH HIDDEN NUTRIENTS


If your child with ADHD is a fussy eater, one way to get him or her to eat healthy snacks is to disguise the healthy ingredients. Cuba baking kek lobak merah atau roti zucchini. "Pemakanan yang kaya dengan gula boleh menyebabkan perubahan dalam tahap gula dalam darah anak anda, memburukkan lagi keadaan ADHD. Tetapi biasanya anda boleh mengurangkan jumlah gula dalam resipi oleh satu perempat atau satu pertiga tanpa menjejaskan rasa terlalu banyak.

VEGGIES AND DIP


Apabila anak anda membuka peti sejuk atau dapur kabinet, "anda mahu mereka melihat makanan ringan yang sihat, tidak cookies, gula-gula, atau makanan ringan yang masin. Cuba potong sayur-sayuran segar contohnya, lobak merah, saderi, tomato,  jadikan kepingan bersaiz, dan tinggalkan di dalam peti sejuk untuk snek mudah yang mereka boleh ambil. Peanut butter, cottage cheese, and low-fat dressings make great dips for cut-up veggies dan boleh menarik minat kanak-kanak.


Anak-anak adalah anugerah terindah dan yang tak ternilai yang telah Allah berikan pada kita. Jadi tak kira macam mana keadaan anak kita, kita sebagai ibubapa perlu menyediakan serta memberikan yang terbaik untuk mereka.
InsyaAllah besar ganjarannya untuk ibubapa yang berusaha yang terbaik untuk anak-anak istimewa kita ini.

more info :
LiN 012-2307867

Saturday 10 January 2015

~KAMU ADALAH KAMU DAN KAMU PENENTUNYA~

Assalamualaikum..


Kamu adalah kamu..
Kamu seorang manusia yang punyai hati..
Kamu adalah penentu untuk hati kamu..
Kamu seorang yang baik hatinya atau busuk hatinya..

Manusia berhati baik, akan memandang hidup dan kehidupannya begitu indah..tidak kira sesukar dan sesulit mana perjalanannya..
Manusia berhati busuk, akan memandang hidup dan sekelilingnya begitu gelap dan kotor..tidak kira walaupun dikelilingi seribu keindahan..

Hati yang baik..akan merasakan susah itu semangat..
Hati yang jahat akan merasakan susah itu hina..

Kamu yang berhati baik akan cuba untuk memperbaiki kelemahan serta kekurangan diri sendiri.. Ikhlas walaupun tiada siapa yang melihat..dan mencuba untuk tidak nmenyakiti hati orang lain..

Kamu yang berhati jahat akan senantiasa mencari kelemahan orang lain untuk dikeji dan dihina..bermanis muka didepan agar setiap orang bilang..'oh baiknya dia', tetapi dibelakang lebih berbisa dari racun..dan pasti..penderitaaan orang lain adalah kebahagian baginya..

Jadi, kamu sebagai ketua kepada diri kamu adalah merupakah penentu utama hati dan diri kamu.

~LiN Azis~

Wednesday 7 January 2015

Hilangkan Parut ChickenPox Semudah 1 2 3...

Assalamualaikum..

"Adoi..macam mana boleh kena kat aku ni??..kenapa sekarang baru nak kena??..Macam mana kalau parut-parut ni tak boleh nak hilang??".. Ini lah antara ayat-ayat yang sering kita dengar dari orang-orang yang kena chickenpox pada usia 20 tahun keatas..

Situasi ini saya tengok sendiri depan mata bila mana husband saya sendiri yang alami masa usia 32 tahun. Sedih sangat tengok muka dia macam tu.. Saya yang tengok sedih, dia yang alami lagi lah..dengan anak takut nak dekat. Ialah anak-anak kecil-kecil lagi, so mungkin diorang ingat orang lain. Jadi dua-duanya takut nak dekat dengan daddy dia. Husband saya pun mulalah dok meng google Tips hilangkan parut chickenpox lah.. Tips kecantikan lah

Jadi nak tau apa yang isteri mithali ni buat pada husband die??..

CARA HILANGKAN PARUT CHICKEN POX SEMUDAH 1 2 3...

1... MINUM - Hari-hari saya bancuhkan ESP untuk husband saya dan suruh die minum.

2... MAKAN - Saya pastikan dia ambil VITAMIN E sebiji setiap hari sebelum tidur

3... SAPU - Saya disiplinkan diri saya untuk sapukan VITAMIN E pada parut-parut chickenpox husband saya setiap hari. (Nak harapkan husband saya memang dia asyik cakap malas aje..Jadi wife die yang baik hati lagi penyayang ni lah yang kena rajinkan..SAYANG SUAMI KAN...hehee)

Jadi, ini lah 3 langkah mudah yang saya gunakan pada parut-parut suami saya sehingga hilang semua parut-parut chickenpox dia.

BUKTINYA...


See....hilang semua parut-parut chickenpox dia. Rasa macam dah buat pahala yang besar gila bila nampak perubahan yang ketara ni. Maklumlah usaha seorang isteri yang terlalu sayangkan suaminya kan..

Jadi pada korang-korang yang ada masalah macam husband saya ni, jangan sesekali rasa down. Percayalah yang kulit dan wajah korang akan kembali ke asal.

Yang penting USAHA, YAKIN, KONSISTEN dan ISTIQOMAH.


more info:




Tuesday 6 January 2015

Resepi Macaroon Sedap dan Mudah

Assalamualaikum..

Saya rasa mesti ramai yang dah pernah makan macaroon kan??..first time saya makan, saya da jatuh hati dengan macaroon ni..
Sebelum ni penah buat macaroon ni, resepinya saya google je dari internet. Akhirnya hasil dia sangat menyedihkan. Adunan saya jadi cair, malah diejek en. suami lagi..sadis sangat.
Jadi saya tekad yang saya nak pastikan yang satu hari nanti saya mesti dapat buat macaroon sampai jadi...dan HASILNYA...

TAAADAAAA...


Disebabkan saya dah berjaya buat, so saya nak korang semua pun berjaya juga...Kalau berjaya, biar berjaya sama-sama kan..

Resepi Macaroonnya:

Bahan 1
200gm  Putih telur (biarkan pada suhu bilik ya)
150gm Gula kastor

Bahan 2 
200gm Serbuk almond (pastikan serbuk almond ni kering. jangan lembap atau basah. Kalau lembap, keringkan dahulu atau masukkan dalam oven sekejap. Tapi jangan sampai hangus pulak ye)
300gm Gula ising (Saya kurangkan sikit sebab tak nak manis sangat)

Cara-caranya:

1) Bahan 2 diayak dan diketepikan 
2) Pukul putih telur sampai kembang dan masukkan gula kastor (pastikan adunan telur ni, kalau kita terbalikkan mangkuknya, adunan tu tak kan jatuh)
3) Masukkan bahan 2 tadi  dan gunakan teknik kaut balik 
4) Masukkan pewarna
5) Kemudian masukkan dalam piping bag dan paipkan pada loyang. (paipkan ikut ukuran duit 50 sen ye)
6) Lepas tu rehatkan dalam 30-40 min sebab nak kasi kaki di keluar ..hehehe..
7) Kemudian bakar macaroon tu pada suhu 150'C dalam masa 15-20 minit.

Lepas dah masak tu boleh lah letak filling dia.
Macam saya, memang malas nak buat filing dia, so saya gunakan nutella aje..Lagi pun nutella tu rasa die sedap sangattt!!!

Macaroon ni memang sedap tau. Tapi MANIS.. Jadi jaga-jaga..jangan sampai jadi punca KENCING MANIS pulak ye..hehehe..Nanti sendiri yang merana. 

KURANGKAN MANIS DALAM MAKANAN, LEBIHKAN MANIS DALAM SENYUM...ha yang ni tak pe ye.. hehehe

Jadi selamat mencuba ye. Saya doakan korang pun berjaya buat macaroon ni.. InsyaAllah.







Monday 5 January 2015

BATUK | Kesan Penyakit Melaluinya

BATUK!!!
Kesan Penyakit Melalui BATUK!!


1) Batuk Keluar Kahak - Proses membuang toksin di bahagian kerongkong

2) Batuk Tanpa Kahak - Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan

3) Batuk dan Berasa Gatal di Kerongkong - Proses membuang toksin dibahagian kerongkong dan paru-paru dimana biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar. 

untuk dapatkan vitamin yang dapat membantu masalah batuk, klik sini <--

Sunday 4 January 2015

Atasi Masalah Haid | Apa yang perlu dilakukan??

Assalamualaikum..

Sekarang ini banyak kes yang saya dengar mengalami masalah dengan haid mereka. Ada yang jadual haid tidak teratur, ada yang mengalami period pain yang teruk dan ada juga yang berbulan-bulan tak datang haid. Yang paling merisaukan adalah bagi mereka-mereka yang masih belum berkahwin sebab ia secara tak langsung akan mengganggu tahap kesuburan untuk mendapatkan cahaya mata selepas kahwin nanti.



Jadi apa yang kita perlu buat untuk atasi masalah haid ini adalah:

Langkah Pertama - kenalpasti punca kelewatan haid

Langkah Kedua - Kenalpasti tanda-tanda seperti pertumbuhan buah dada dan rambut di kemaluan dan ketiak samaada menunjukkan pengeluaran estrogen.

Langkah Ketiga - Pemeriksaan tubuh dan perkakas peranakan adalah penting untuk mengesan kecacatan semulajadi. Jadi lakukan ujian ultrasound pada perut untuk mengesan ada atau tidak rahim dan ovari.

Langkah Keempat - Jalankan ujian darah untuk menyukat paras hormon adalah penting untuk mengenalpasti punca masalah. Rawatan bergantung kepada punca masalah. Pembedahan kecil perlu dilakukan untuk membuka selaput dara jika ianya tertutup. Jika faraj tidak wujud, pembedahan untuk membentuk 'artificial vagina' perlu dilakukan. Rawatan hormon juga perlu diberikan jika puncanya ialah kecatatan pada kilang pituitary atau ovari.

Langkah Kelima - Merawat dengan kaedah urutan terapi dimana ianya merangsang tubuh badan yang bermula dari tulang belakang untuk melancarkan perjalanan darah bagi tubuh badan. Terapi ini harulah menumpukan lebih di bahagian saraf dan organ sistem peranakan.



Haid Tidak Teratur..

Pusingan haid yang tidak teratur ialah pusingan yang kurang daripada 25 hari atau lebih dari 35 hari. Kitaran ini dianggap tidak teratur!!. Ada sesetengah wanita yang haidnya datang 2 atau 3 bulan sekali. Keadaan ini sering berlaku dikalangan anak gadis yang baru memasuki alam remaja atau wanita yang hampir putus haid. Keadaan ini bukanlah merupakan satu penyakit tetapi ianya hanyalah disebabkan oleh gangguan hormon. Wanita yang mengalami masalah ini adalah kurag subur kerana ia kurang mengeluarkan benih.

Jadi kita sebagai wanita perlu lah mengambil langkah segera jika kita merasakan yang kita ada mengalami masalah tentang haid kita. Jangan sesekali mengambil mudah tentang masalah-masalah ini.

Selain dari langkah-langkah diatas, korang juga boleh cuba GLA COMPLEX untuk mengatasi masalah haid korang.

more info :