012-2307867 / azlindaazis@gmail.com

Thursday 2 April 2015

World Autism Awareness Day


Hari ni 2 April -Sambutan Hari Kesedaran Autism sedunia.

Secara terus terangnya saya tak pernah tahu pun tentang kewujuhan "world autism awareness day" ni sebelum-sebelum ni.. Saya tak tau pun macam mana keadaan kanak-kanak autism ni.. Saya juga tak tau macam mana perasaan ibu bapa yang mempunyai anak autism ni..

Tapi lepas anak saya didiagnos mild autism bulan Januari lepas, saya mula mengetahui tentang autism. Saya mula mengenali keadaan anak-anak autism.. Saya mula mendekati ibu bapa yang punyai anak autism.. dan sekaraang dah lebih mengenali mereka. Saya tau perasaan mereka.

Sama seperti ibu bapa yang punya anak autism yang lain, saya juga pernah rasa kecewa, down, menyalahkan diri sendiri dan macam-macam lagi. Tapi alhamdulillah dengan bantuan serta sokongan dari ibu bapa yang lain, saya kini lebih kuat dan sudah boleh terima keadaan anak saya.

Bila cakap pasal awareness ni, memang tak dinafikan, bukan semua orang tau apa itu autism, sama macam saya sebelum ini yang tidak tau langsung pasal autism tu.
Saya tak boleh nak salahkan serta harapkan orang sekeliling memahami keadaan anak saya. Kita sebagai orang yang punya pengetahuan serta pengalaman mengenai autism ini lah yang perlu memainkan peranan untuk berkongsi dengan orang diluar sana berkaitan autism ini agar mereka faham dengan keadaan anak-anak syurga kita ini.

Memang bukan mudah untuk ibu bapa yang punya anak-anak autism ini mengawal keadaan, emosi serta masa mereka untuk mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.  Anak-anak syurga ini memerlukan special need. Jadi ibu bapa perlu kan banyak masa untuk anak-anak mereka, perlu tahap kesabaran yang tinggi, perlu mempunyai sifat terbuka dan kena rajin.

Saya harap orang diluar sana dapat memberi sokongan kepada anak-anak syurga ini dan kepada ibu bapa yang punya anak syurga ini. Percayalah bahawa sokongan anda amat-amat membantu kami malah ia membuatkan kami lebih kuat untuk membesarkan anak-anak syurga kami ini. InsyaAllah..


No comments:

Post a Comment