012-2307867 / azlindaazis@gmail.com

Monday 6 April 2015

8 perkara Ibu Bapa yang punya anak istimewa harus tahu

Assalamualaikum..

Anak-anak istimewa adalah anugerah terbaik yang dianugerahkan untuk kita. Jadi jangan sesekali kita abaikan anak syurga kita ini.
Disini saya nak kongsikan 8 tips atau perkara yang ibubapa perlu buat atau tahu dalam membesarkan anak-anak syurga kita ini.

1) Jangan Stress / Kecewa / Menyalahkan diri atau sesiapa


Tak dapat dinafikan perasaan stress, kecewa dan salahkan diri ini memang setiap ibubapa akan rasa. Bohong kalau saya katakan yang saya tak rasa semua ini. Saya silap sebab amik masa hampir 2 bulan melayan perasaan-perasaan ini. Dan akhirnya tiada apa-apa yang berubah. Saya akhirnya sedar yang saya perlu amik langkah yang wajar untuk menangani situasi ini.

2) Rakan atau kumpulan sokong bantu


Untuk membesar serta mendidik anak-anak syurga kita ni, kita perlu ada kekuatan, bantuan serta sokongan. Macam saya, cara atau pendekatan paling mudah yang saya ambil adalah dengan join group Autism Malaysia dalam Facebook. Sekarang ni kan zaman berteknologi kan. Dalam group tu, macam-macam saya belajar dan sebenarnya macam jenis kanak-kanak yang saya dapat kenal dari group tu. Saya juga dapat semangat serta tunjuk ajar dan panduan untuk saya menjalankan terapi atau cara terbaik untuk saya didik anak syurga saya. Kumpulan ibubapa yang punya anak-anak ssyurga ini yang banyak sangat bantu saya dan bagi perangsang serta sokongan untuk jadikan saya lebih kuat dalam membesarkan anak syurga saya.

3) Sabar


Tak kiralah ibubapa yang punyai anak istimewa atau anak normal, saya rasa semuanya perlu  tahap kesabaran yang tinggi kan. Maklumlah anak-anak ni macam-macam kerenahnya. Tambah pula kita ni bekerjakan. Balik rumah dah penat, lepas tu anak pulak buat macam-macam kerenah, nak itu lah, nak ini lah, menangis lah, bergaduh lah..hehehe.. semua tu perluka kesabaran yang tinggi. Tapi macam ibubapa yang punya anak istimewa ni mungkin tahap kesabaran kena lebih tinggi lagilah sebab anak-anak syurga kita ni tak berapa paham apa yang kita nak sampaikan, ada pulak yang masih belum boleh cakap, lagi lah kita tak tahu apa yang diorang nak kan. Jadi banyak-banyakkan lah bersabar ye sebab anak-naak istimewa ni tak boleh dididik secara berkeras. Diorang ni manja..heehe

4) Luangkan masa untuk anak-anak


Kenapa saya cakap ibubapa yang punya anak istimewa ni kena luangkan lebih masa dengan anak-anak mereka?.. Ini adalah kerana, anak-anak syurga kita ni, lebih selesa atau lebih yakin dengan kita berbanding orang luar. Seteruk mana pun keadaan anak kita, percaya lah bahawa anak syurga kita tetap kenal kita, sayang kita dan dia lebih yakin dengan kita. Oleh itu, ibubapa jangan hanya bergantung pada pusat-pusat terapi yang kita hantar. Lakukan lah terapi dengan anak-anak syurga anda bersama-sama. Percayalah bahawa terapi terbaik dan yang paling berkesan adalah terapi yang dijalankan bersama ibubapa. Tak kira lah terapi indoor atau outdoor. Sebab dari situ, anak-anak syurga akan nampak kasih sayang kita.

5) Jangan asingkan anak-anak


Untuk anak-anak istimewa ini, cuba elakkan dari mengasingkan mereka dari dunia luar. Dedahkan mereka dengan persekitaran luar. Biarkan mereka bermain dengan kanak-kanak lain. Biarpun anak itu sekali pun tak nak bermain dengan orang lain, ibubapa tetap kena terus membawa mereka untuk berada dan bercampur dengan orang luar. Sebab kita tak nak dia akan kekal dan sentiasa berada dengan dunia dia. Yang penting ibubapa tak give up.

6) Awareness


Suka saya jelaskan mengenai isu awareness ni. Ini adalah masalah yang paling kerap berlaku dikalangan ibubapa yang punya anak-anak istimewa ini. Kebanyakan kita selalu bagitau yang orang sekeliling mengata, memandang semacam dan orang sekeliling tak faham dengan keadaan anak-anak syurga kita. Tapi pernah tak kita fikir secara logiknya dimana bagaimana orang sekeliling kita nak faham, nak tahu dan nak bantu kita kalau tiada sesiapa yang nak jelaskan kepada mereka mengenai autism, ADHD, dyslexia atau apa-apa lah. Jadi kita sebagai ibubapa yang punya pengetahuan, punya pengalaman serta pemahaman mengenai anak-anak ini lah yang perlu memainkan peranan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada mereka diluar sana. Terus terang saya katakan bahawa saya tiada langsung pengetahuan mengenai autism ini sebelum anak saya ada masalah ini. Malah, saya tak pernah tau pun ada sindrom autism, adhd, dyslexia sebelum ini. Jadi awareness tu kena datang dari kita sendiri. Jangan segan untuk berkongsi dengan orang luar.

7) Jaga pemakanan anak-anak dan beri makanan tambahan untuk mereka.


Untuk anak-anak istimewa ini, pemakanan yang diberikan juga sangat mempengaruhi keadaan mereka. Contohnya bagi kanak-kanak yang ada masalah hyperactive, makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi akan merangsang mereka untuk lebih hyperactive.
Untuk makanan tambahan atau supplement pula, anak-anak istimewa ini sangat digalakkan untuk mengambil supplement yang mengandungi omega-3, vitamin C, B6, Zat Besi, Magnesium dan Zinc. Jadi untuk membantu anak syurga saya, saya berikan dia omega guard shaklee yang mengandungi 7 spektrum penuh asid lemak omega 3 iaitu EPA, DHA, ALA dan banyak lagi dan 1 hidangan omega guard membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA. Selain itu saya berikan juga anak saya mealshake shaklee dimana ia mengandungi kesemua vitamin yang diperlukan oleh anak saya iaitu Vitamin C, B6, Zat besi, Magnesium dan Zinc.

8) Doa dan tawakal


Tidak dinafikan bukan mudah untuk membesarkan anak-anak syurga kita ini, tapi percayalah apa yang Allah dah tentukan adalah sebaik-baik perancangan untuk kita. Jadi jangan sesekali kita berhenti berdoa serta terus bersujud dan mengangkat tangan kepadaNya mohon moga diberi kekuatan, ketabahan serta dimudahkan segala urusan kita dalam mendidik serta membesarkan anugerah yang telah diberikan ini.

Moga kita ibubapa kepada anak syurga kita ini dapat membantu serta memberi yang terbaik kepada mereka..

Akhir sekali khas untuk ibubapa kepada anak-anak syurga semua..

" Ibubapa yang mempunyai anak-anak istimewa merupakan golongan ibubapa yang sangat "ISTIMEWA" kerana Allah memilih kita untuk menjaga Amanah-Nya, Allah memilih kita untuk menjaga Anugerahnya dan Allah memilih kita untuk menjaga Ahli Syurga-Nya.."

jika ada ibubapa yang nak borak-borak atau sembang tentang keadaan anak-anak syurga kita, bole email atau whatsapp atau cari saya di FB
~LiN~
email : azlindaazis@gmail.com
whatsapp/call : 012-2307867
FB; med mordoux
Fanpage : healthy wif aqil pitstop

Sharing is caring....

kebaikan mealshake


Kelebihan Omega Guard


Thursday 2 April 2015

World Autism Awareness Day


Hari ni 2 April -Sambutan Hari Kesedaran Autism sedunia.

Secara terus terangnya saya tak pernah tahu pun tentang kewujuhan "world autism awareness day" ni sebelum-sebelum ni.. Saya tak tau pun macam mana keadaan kanak-kanak autism ni.. Saya juga tak tau macam mana perasaan ibu bapa yang mempunyai anak autism ni..

Tapi lepas anak saya didiagnos mild autism bulan Januari lepas, saya mula mengetahui tentang autism. Saya mula mengenali keadaan anak-anak autism.. Saya mula mendekati ibu bapa yang punyai anak autism.. dan sekaraang dah lebih mengenali mereka. Saya tau perasaan mereka.

Sama seperti ibu bapa yang punya anak autism yang lain, saya juga pernah rasa kecewa, down, menyalahkan diri sendiri dan macam-macam lagi. Tapi alhamdulillah dengan bantuan serta sokongan dari ibu bapa yang lain, saya kini lebih kuat dan sudah boleh terima keadaan anak saya.

Bila cakap pasal awareness ni, memang tak dinafikan, bukan semua orang tau apa itu autism, sama macam saya sebelum ini yang tidak tau langsung pasal autism tu.
Saya tak boleh nak salahkan serta harapkan orang sekeliling memahami keadaan anak saya. Kita sebagai orang yang punya pengetahuan serta pengalaman mengenai autism ini lah yang perlu memainkan peranan untuk berkongsi dengan orang diluar sana berkaitan autism ini agar mereka faham dengan keadaan anak-anak syurga kita ini.

Memang bukan mudah untuk ibu bapa yang punya anak-anak autism ini mengawal keadaan, emosi serta masa mereka untuk mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.  Anak-anak syurga ini memerlukan special need. Jadi ibu bapa perlu kan banyak masa untuk anak-anak mereka, perlu tahap kesabaran yang tinggi, perlu mempunyai sifat terbuka dan kena rajin.

Saya harap orang diluar sana dapat memberi sokongan kepada anak-anak syurga ini dan kepada ibu bapa yang punya anak syurga ini. Percayalah bahawa sokongan anda amat-amat membantu kami malah ia membuatkan kami lebih kuat untuk membesarkan anak-anak syurga kami ini. InsyaAllah..


Monday 19 January 2015

Rahim Bengkak?? CYST?? Cara Atasinya...

Kenapa Rahim Bengkak?
Kenyataan serta statement dibawah adalah hasil dari bacaan dari beberapa artikel yang telah dikeluarkan.

Secara amnya, 
Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
Kilang telur = Ovari.
apa yang kita selalu dengar orang mengatakan yang "rahim bengkak". Padahal ramai yang tak pasti sebenarnya samaada rahim (uterus) atau ovari yang sebenarnya membesar. 
Bak kata peppatah, kalau tak tahu bertanya lah jangan jadi bodoh sombong pulakkan. Jadi seeloknya sebelum membuat andaian sendiri, dapatkan lah khidmat nasihat serta diagnosis dari doktor yang lebih pakar dalam hal ini. 
Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.
Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).
Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.
Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya adalah kerana :
1. Hormon Estrogen yang berlebihan.
- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Keadaan seperti ini sangat ketara pada mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.
Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.
2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).
Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.
Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.
3. Obesiti
- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.
Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.
4. Genetik
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?
Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.
Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation dijalankan?
Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.
Jadi bagaimana untuk mengelakkannya memandangkan kebanyakkan wanita berisiko terhadap ini?
Cadangan diet yang sesuai :
1. Elakkan makan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.
2.Makan buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.
3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.
4. Kawal berat badan
5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

**********************************************************************************************************************************
Sehubungan dengan itu, banyak desas desus yang menyatakan bahawa produk yang berasaskan soya tidak bagus untuk wanita.  Tak dinafiikan memang banyak isu tentang ini yang diperbahaskan. Ada pro and con lah.
Beberapa kajian mengatakan bahawa wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.
Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya sebagai makanan utama dan mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya secara langsung.
(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).
Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :
1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.
2. Immune enhancing nutrient - COQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc
3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.
4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.
5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.
6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi
7. Green tea - powerful antioxidant

Antara supplement yang popular dan sering disarankan untuk mereka yang mengalami masalah cyst adalah GLA COMPLEX. Boleh ke ambil GLA ni?
-GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.
Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Take care of your health.

More info:
LiN 012-2307867

Thursday 15 January 2015

2nd OT (Occupational Theraphy) for Muhammad Faris Aqil

Assalamualaikum..

13 Januari 2015 -3.00 petang, Saya dan husband bawa Aqil untuk 2nd OT dia di HUKM.



Mula sekali, teachers suruh Aqil masuk bilik 10. Bilik 10 tu lebih kurang macam playground lah..ada jambatan gantung, buaian dan lain-lain. Aqil memang seronok lah dalam tu sampai tak tercontrol. Aqil nak main mana yang dia suka dah ikut kehendak dia. Mula-mula masuk je dia dah terpikat nak main kat jambatan gantung tu..Tapi teacher pulak tarik dia untuk main buaian.. Hasilnya memang dia tak nak lah..Dia keraskan badan dia tak main buai..Sudahnya teacher biar aje dia main. Tanpa paksaan, akhirnya Aqil main juga buaian tu dan permainan lain dengan sendiri.



Lepas tu, Aqil disuruh masuk bilik 3 pulak.. Bilik 2 ni adalah bilik yang Aqil mula-mula masuk masa 1st time terapi dia kat sini..bilik yang sama dan meja yang sama..hehehe..

Ni gambar Aqil masa OT yang 1st time dulu masa bulan Nov 2014.
Dapat amik 1 gambar je masa ni. Maklumlah 1st time kan..



Then ni adalah 2nd OT Aqil - 13 January 2015

 

 

 

 Alhamdulillah.. perbezaan masa kali pertama dan kali kedua terapi Aqil nampak perbezaan yang ketara sangat...
Masa mula-mula dulu Aqil memang kurang sangat fokusnya dan cepat bosan ngan setiap permainan yang teacher bagi..
Tapi terapi yang kedua ni, alhamdulillah Aqil buat sampai habis setiap apa task yang teacher bagi. Teacher sendiri pun nampak peningkatan Aqil..

Harap-harap peningkatan perkembangan Aqil akan terus meningkat. Mommy sentiasa doakan yang paling terbaik untuk anak syurga mommy ni Muhammad Faris Aqil.

amin,,,

Tingkatkan immune system keluarga dengan Nutriferon

Assalamualaikum..

Demam, batuk, selesema..penyakit itu datang berpunca dari immune system kita yang lemah. Jadi seperti tajuk diatas, kita nak tingkatkan immune system keluarga kita dengan pengambilan Nutriferon

Tapi sebelum itu, jom kita kenali dulu apa itu nutriferon.


Apa itu Nutriferon?

    • Nutriferon adalah produk eksklusif dari Shaklee (tiada di mana2 farmasi mahupun kedai2 lain) dihasilkan oleh Dr. Yasuhiko Kojima setelah lebih 40 tahun penyelidikan
    • Merupakan campuran ekstrak tumbuhan semulajadi dari biji labu, bunga safflower, benih plantago dan kuntuman bunga Japanese Honeysuckle.
    • Terbukti secara klinikal dapat menyokong dan mernagsan proses gerak balas imun semulajadi badan
    • Meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh kita yang akan mengaktifkan sistem imunisasi badan

Siapa perlukan Nutriferon?

    • Mereka yang ingin kekal sihat
    • Mereka yang selalu ada masalah kesihatan dan sering sakit
    • Individu yang selalu stress
    • Ibu yang menyusukan anak dan anak sering demam, selesema, sakit
    • Individu yang selalu travel
    • Individu yang sibuk dan sukar mengamalkan diet yang seimbang

Apa kebaikan Nutriferon?

  • Mengukuhkan immune system dalam masa 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semuajadi di dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan meningkatkan secara keseluruhan immune system tubuh dengan menyerahkan siste pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells dan macrophage.
  • Melawan kanser & tumor - Interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang  dan mengaktifkan immunoglobulin melawan tumor dan sel-sel kanser. Ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.
  • Melindungi dari influenza - Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemran udara, melindungi dengan berkesan dari virus, mikrob. termasuk demam, selesema, alergi, keradangan, inflamasi dan influenza.
  • Meringankan tekanan atau stress dan kelesuan - ia membantu meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.
  • Melambatkan penuaan - Formula unik nutriferon shaklee ini merangsang pengeluaran macrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus, kuman. Oleh itu, sel-sel akan menjadi lebih sihat.
  • Mengurangkan jangkitan pesakit hepatitis B & C - Keberkesanan nutriferon shaklee ini dalam memerangi virus boleh mengurangkan kadar jangkitan dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit hepatitis B & C
  • Membantu masalah PMS - terbuktii secara klinikal, ia mengurangkan symptom yang terjadi akibat ketidak seimbangan system eendokrin iaitu menstrual cramp, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomia dan mood swing.

Saya sendiri telah mengamalkan pengambilan nutriferon ini untuk seisi keluarga saya. 
Untuk saya..
Untuk suami..
Untuk anak..

Kami dah rasai kehebatannya dah secara jujurnya anak-anak saya jarang demam, batuk dan selesema dan sekiranya demam, kami hanya memberi mereka nutriferon, mealshake dan omega guard. Tiada lagi antibiotik, ubat selesema dan ubat batuk. Saya dan suami juga tidak lagi mengamalkan pengambilan panadol. 

Alhamdulillah..

More info:
LiN 012-2307867