012-2307867 / azlindaazis@gmail.com

Monday 6 April 2015

8 perkara Ibu Bapa yang punya anak istimewa harus tahu

Assalamualaikum..

Anak-anak istimewa adalah anugerah terbaik yang dianugerahkan untuk kita. Jadi jangan sesekali kita abaikan anak syurga kita ini.
Disini saya nak kongsikan 8 tips atau perkara yang ibubapa perlu buat atau tahu dalam membesarkan anak-anak syurga kita ini.

1) Jangan Stress / Kecewa / Menyalahkan diri atau sesiapa


Tak dapat dinafikan perasaan stress, kecewa dan salahkan diri ini memang setiap ibubapa akan rasa. Bohong kalau saya katakan yang saya tak rasa semua ini. Saya silap sebab amik masa hampir 2 bulan melayan perasaan-perasaan ini. Dan akhirnya tiada apa-apa yang berubah. Saya akhirnya sedar yang saya perlu amik langkah yang wajar untuk menangani situasi ini.

2) Rakan atau kumpulan sokong bantu


Untuk membesar serta mendidik anak-anak syurga kita ni, kita perlu ada kekuatan, bantuan serta sokongan. Macam saya, cara atau pendekatan paling mudah yang saya ambil adalah dengan join group Autism Malaysia dalam Facebook. Sekarang ni kan zaman berteknologi kan. Dalam group tu, macam-macam saya belajar dan sebenarnya macam jenis kanak-kanak yang saya dapat kenal dari group tu. Saya juga dapat semangat serta tunjuk ajar dan panduan untuk saya menjalankan terapi atau cara terbaik untuk saya didik anak syurga saya. Kumpulan ibubapa yang punya anak-anak ssyurga ini yang banyak sangat bantu saya dan bagi perangsang serta sokongan untuk jadikan saya lebih kuat dalam membesarkan anak syurga saya.

3) Sabar


Tak kiralah ibubapa yang punyai anak istimewa atau anak normal, saya rasa semuanya perlu  tahap kesabaran yang tinggi kan. Maklumlah anak-anak ni macam-macam kerenahnya. Tambah pula kita ni bekerjakan. Balik rumah dah penat, lepas tu anak pulak buat macam-macam kerenah, nak itu lah, nak ini lah, menangis lah, bergaduh lah..hehehe.. semua tu perluka kesabaran yang tinggi. Tapi macam ibubapa yang punya anak istimewa ni mungkin tahap kesabaran kena lebih tinggi lagilah sebab anak-anak syurga kita ni tak berapa paham apa yang kita nak sampaikan, ada pulak yang masih belum boleh cakap, lagi lah kita tak tahu apa yang diorang nak kan. Jadi banyak-banyakkan lah bersabar ye sebab anak-naak istimewa ni tak boleh dididik secara berkeras. Diorang ni manja..heehe

4) Luangkan masa untuk anak-anak


Kenapa saya cakap ibubapa yang punya anak istimewa ni kena luangkan lebih masa dengan anak-anak mereka?.. Ini adalah kerana, anak-anak syurga kita ni, lebih selesa atau lebih yakin dengan kita berbanding orang luar. Seteruk mana pun keadaan anak kita, percaya lah bahawa anak syurga kita tetap kenal kita, sayang kita dan dia lebih yakin dengan kita. Oleh itu, ibubapa jangan hanya bergantung pada pusat-pusat terapi yang kita hantar. Lakukan lah terapi dengan anak-anak syurga anda bersama-sama. Percayalah bahawa terapi terbaik dan yang paling berkesan adalah terapi yang dijalankan bersama ibubapa. Tak kira lah terapi indoor atau outdoor. Sebab dari situ, anak-anak syurga akan nampak kasih sayang kita.

5) Jangan asingkan anak-anak


Untuk anak-anak istimewa ini, cuba elakkan dari mengasingkan mereka dari dunia luar. Dedahkan mereka dengan persekitaran luar. Biarkan mereka bermain dengan kanak-kanak lain. Biarpun anak itu sekali pun tak nak bermain dengan orang lain, ibubapa tetap kena terus membawa mereka untuk berada dan bercampur dengan orang luar. Sebab kita tak nak dia akan kekal dan sentiasa berada dengan dunia dia. Yang penting ibubapa tak give up.

6) Awareness


Suka saya jelaskan mengenai isu awareness ni. Ini adalah masalah yang paling kerap berlaku dikalangan ibubapa yang punya anak-anak istimewa ini. Kebanyakan kita selalu bagitau yang orang sekeliling mengata, memandang semacam dan orang sekeliling tak faham dengan keadaan anak-anak syurga kita. Tapi pernah tak kita fikir secara logiknya dimana bagaimana orang sekeliling kita nak faham, nak tahu dan nak bantu kita kalau tiada sesiapa yang nak jelaskan kepada mereka mengenai autism, ADHD, dyslexia atau apa-apa lah. Jadi kita sebagai ibubapa yang punya pengetahuan, punya pengalaman serta pemahaman mengenai anak-anak ini lah yang perlu memainkan peranan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada mereka diluar sana. Terus terang saya katakan bahawa saya tiada langsung pengetahuan mengenai autism ini sebelum anak saya ada masalah ini. Malah, saya tak pernah tau pun ada sindrom autism, adhd, dyslexia sebelum ini. Jadi awareness tu kena datang dari kita sendiri. Jangan segan untuk berkongsi dengan orang luar.

7) Jaga pemakanan anak-anak dan beri makanan tambahan untuk mereka.


Untuk anak-anak istimewa ini, pemakanan yang diberikan juga sangat mempengaruhi keadaan mereka. Contohnya bagi kanak-kanak yang ada masalah hyperactive, makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi akan merangsang mereka untuk lebih hyperactive.
Untuk makanan tambahan atau supplement pula, anak-anak istimewa ini sangat digalakkan untuk mengambil supplement yang mengandungi omega-3, vitamin C, B6, Zat Besi, Magnesium dan Zinc. Jadi untuk membantu anak syurga saya, saya berikan dia omega guard shaklee yang mengandungi 7 spektrum penuh asid lemak omega 3 iaitu EPA, DHA, ALA dan banyak lagi dan 1 hidangan omega guard membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA. Selain itu saya berikan juga anak saya mealshake shaklee dimana ia mengandungi kesemua vitamin yang diperlukan oleh anak saya iaitu Vitamin C, B6, Zat besi, Magnesium dan Zinc.

8) Doa dan tawakal


Tidak dinafikan bukan mudah untuk membesarkan anak-anak syurga kita ini, tapi percayalah apa yang Allah dah tentukan adalah sebaik-baik perancangan untuk kita. Jadi jangan sesekali kita berhenti berdoa serta terus bersujud dan mengangkat tangan kepadaNya mohon moga diberi kekuatan, ketabahan serta dimudahkan segala urusan kita dalam mendidik serta membesarkan anugerah yang telah diberikan ini.

Moga kita ibubapa kepada anak syurga kita ini dapat membantu serta memberi yang terbaik kepada mereka..

Akhir sekali khas untuk ibubapa kepada anak-anak syurga semua..

" Ibubapa yang mempunyai anak-anak istimewa merupakan golongan ibubapa yang sangat "ISTIMEWA" kerana Allah memilih kita untuk menjaga Amanah-Nya, Allah memilih kita untuk menjaga Anugerahnya dan Allah memilih kita untuk menjaga Ahli Syurga-Nya.."

jika ada ibubapa yang nak borak-borak atau sembang tentang keadaan anak-anak syurga kita, bole email atau whatsapp atau cari saya di FB
~LiN~
email : azlindaazis@gmail.com
whatsapp/call : 012-2307867
FB; med mordoux
Fanpage : healthy wif aqil pitstop

Sharing is caring....

No comments:

Post a Comment