012-2307867 / azlindaazis@gmail.com

Wednesday 31 December 2014

BOTOX SEMULAJADI - (DIY) DO IT YOURSELF!!

Assalamualaikum..

Kalau kita tengok masa sekarang ni berjalan pantas betul. Dalam tak sedar saya sendiri dah berusia 32 tahun. Ehmm tapi rasa macam baru abis sekolah je.. Bila masa dah pantas usia pun makin meningkat tanda keletihan serta penuaan pun mula lah muncul kat kulit kan. Kita pula mula lah sibuk dok tercari-cari produk-produk berjenama yang agak berkos tinggi untuk mengelakkan penuaan, kedutan dan lain-lain lah untuk mengekalkan kecantikan kononnya kan.. Sampai ada yang sanggup berhabis duit untuk cocok botox lah vitamin E, C lah...hehehe.

Saya faham setiap wanita mahu kelihatan cantik dan nampak muda dari usia sebab saya juga inginkan nya. Jadi kat sini saya nak kongsikan BOTOX SEMULAJADI yang akan membantu korang kelihatan cantik. InsyaAllah.

Ini resepi Botox semulajadi yang saya nak kongsikan dengan semua.

Bahan-bahan:

1 sudu besar sour cream
5 sudu besar jus lobak merah yang baru diperah
1 sudu besar tepung jagung

Cara penyediaannya:

1) Larutkan tepung jagung dalam setengah gelas air
2) Kemudian tuangkan ia kedalam periuk dan tambahkan 100ml air mendidih.
3) Masak semuanya dengan api kecil sampai campuran menjadi agak pekat.
4) Sejukkan campuran tadi dan tambah sour cream dan jus lobak merah segar.
5) Kacau semua campuran,
6) Korang dah boleh sedia cuci dan bersihkan muka.
7) Lepas tu dah boleh lah tepekkan botox korang tu ala-ala macam pakai masker.
8) Biarkan selama 25-30 minit
9) Lepas tu dah boleh bilas dengan air suam.

Lebihan "botox" yang korang buat tadi, boleh disejukkan dan esok-esoknya boleh pakai lagi.

Untuk nak dapatkan kesan yang lebih baik, gunakan "botox" tu 3 hari berturut-turut.





"BOTOX SEMULAJADI" ni akan menghapuskan kesan keletihan dan kedutan, hydrate your face dan kulit korang akan jadi lebih ketat dan lebih lembut.
InsyaAllah.

Lepas ni boleh lah buat "botox" masing-masing. Tak payah dah nak berbelanja mahal-mahal untuk cucuk botox lagi. hehehe

Tapi bagi yang gemarkan vitamin E utuk hilangkan parut-parut kat muka tu boleh cuba tengok kat sini. 

more info:

LiN 012-2307867

Tuesday 30 December 2014

TIPS KULIT CANTIK TANPA MEKAP

Assalamualaikum..

Dari apa yang saya lihat, sebahagian besar wanita sering merasa takut dan kurang yakin untuk tampil tanpa make up bila keluar. Mereka sering menganggap yang wajah akan nampak kusam dan tidak cantik kalau tidak bermekap. (Saya sendiri pernah berperasaan sebegini sebelum ni)
Jadi seiring dengan peningkatan usia, wanita semakin inginkan kulit yang lebih cantik..BETUL TAK??

Jadi dalam entri ini saya akan kongsikan beberapa tips yang boleh kita gunakan untuk tampil cantik dengan tanpa menggunakan make-up.

TIPS CANTIK TANPA MEKAP

1) Rawat Kulit Pagi dan Malam


Cucilah muka dengan pencuci yang sesuai. Itu adalah cara rawat kulit yang paling basic. Jika memakai mekap, tanggalkan mekap dahulu dengan menggunakan make up remover atau baby oil. 
Semasa mencuci muka, urut muka dengan perlahan-lahan bagi melancarkan perjalanan darah pada bahagian muka.

(#tips tradisional yang boleh digunakan - ambil sikit baking powder dan camppurkan sikit air. Kemudian gosok perlahan-lahan pada muka. Biarkan dalam 2 minit, lepas tu bersihkan dengan air bersih. Selepas itu, ambil sedikit minyak kelapa dara dan sapukan pada seluruh wajah.
Kulit akan lembab, licin, bersih dan tegang).

2) Pemakanan yang sihat




Makanan yang masuk ke dalam tubuh juga mempengaruhi penampilan. Makanan yang mengandungi lemak dan garam yang tinggi boleh memberi kesan tidak baik pada kulit muka. Makanan berminyak dapat menstimulasi kelenjar minyak untuk memproduksi minyak lebih. Makanan berlemak, kacang dan soft drink dapat menjadi punca timbulnya jerawat.
Dengan itu, gantikan lah dengan makanan yang lebih sihat, seperti masakan cara kukus, rebus atau panggang. Yang paling penting seimbang.
Serat adalah satu unsur yang penting sebab ia akan membawa keluar toksik dari dalam badan. Toksik yang berlebihan boleh beri akibat pada kulit, terutamanya kulit muka. Serat ini boleh didapati dari sayuran dan buah-buahan. Jadi perbanyakkan makan buah dan sayuran adalah kunci tampil cantik semulajadi.
 (#tips : minum air rendaman lemon setiap pagi bagi membuang toksik dalam badan).

3) Tidur yang cukup


Tidurlah sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Dapatkan tidur yang lebih berkualiti dan jauhkan dari sebarang gangguan. Simpan telefon, tutup TV dan elakkan fikir masalah sebelum tidur. Makin banyak masalah yang difikirkan makin banyak kerutan yang terhasil. Akhirnya kulit muka pun jadi kedut beribu-ribu..hahaha..
Kalau boleh tutup lampu atau malapkan lampu atau pasang lampu tidur ketika hendak tidur. Ia akan menghasilkan hormon yang baik untuk beri pertahanan pada tubuh badan sekaligus menjaga sel-sel badan dari rosak.
(#Tips : Bangun pagi sebab bangun pagi dipercayai dapat mengurangkan stress)

4) Jangan picit jerawat




Anda dilarang memicit jerawat. Jangan sekali-kali picit jerawat dengan menggunakna tangan sebabbakteria mudah merebak melalui sentuhan. Tangan kita ni selalu sangat cenderung untuk picit jerawat sampai pecahkan. Kadang-kadang tu sampai luka dan melecet sebab syok sangat memicit jerawat tu.
(#Tips : gunakan perahan limau nipis atau ubat gigi atau putih telur)


4) Pengambilan vitamin dan mineral

Sumber terbaik adalah dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Tapi malangnya, sekarang ni memang susah kita nak dapatkan sayur dan buah-buahan yang segar dan terpelihara kualitinya. Jadi untuk lengkapkan khasiat yang diperlukan, ambillah supplement tambahan seperti Vitamin C. Sebiji Vitamin C shaklee bersamaan dengan 7.5 biji buah oren. Mampukah kita nak makan 7.5 biji oren setiap hari untuk lengkapkan keperluan vitamin C badan kita??.
Semua orang pun tahu yang vitamin C ni sangat baik untuk kulit. Ia akan menjadikan kulit kurang cela, tona sekata dan kulit lebih bersih.
Selain itu, Vitamin E juga sangat bagus untuk kulit. Vita-E Complex, tinggi dengan kandungan anti-oksidan. Ia dapat memulihkan kesan atau parut akibat jerawat. ESP juga sangat membantu merangsangkan pertumbuhan sel-sel baru pada kulit. Jadi sel-sel rosak dan mati akan digantikan dengan segera. Kesannya kulit tidak kering, nampak lembap dan gebu.


Kulit yang cantik dari dalam adalah semulajadi berbanding dengan kulit yang dipakaikan dengan bedak dan make-up. Tak perlu lagi berselindung dengan make-up tebal. Hadapilah masalah kulit anda dan cubalah untuk membaiki kulit yang dah rosak. Impian untuk dapat kulit yang cantik tanpa mekap pasti jadi kenyataan jika anda bersungguh-sungguh untuk nya.

Semoga tips diatas dapat membantu anda untuk menjadi lebih cantik secara semula jadi..

Nak beli supplement shaklee..
Nak jadi ahli shaklee..
Nak more info pasal shaklee...


  








Wednesday 24 December 2014

~BEZA VITAMIN C SHAKLEE DENGAN BRAND LAIN~

Assalamualaikum..

Kalau tengok kat farmasi dan kedai-kedai memang macam-macam brand vitamin C yang ada sampai kita tak tahu mana satu yang nak piilih dan elok. So kat sini saya senaraikan beberapa perbezaan antara vitamin C Shaklee dengan brand lain.

Beza vitamin C Shaklee dengan brand lain
===============================

1) BERSIFAT SUSTAINED RELEASE
Bila makan 1 biji vitamin C Shaklee (500mg), awak akan dapat manfaatnya berterusan lebih kurang selama 5 jam tanpa henti

2) 1 BIJI VITAMIN C SHAKLEE = 7 1/2 BIJI OREN

Sanggup ke nak makan dan nak kopek oren berbakul-bakul? Mestilah malaskan..penat pulak tu..
So ambil je sebiji vitamin C Shaklee dan telan.

3) MEMPUNYAI BIOFLAVONOIDS

Vitamin C sintetik adalah adid askorbik semata-mata. Ianya tak mampu bertindak macam vitamin C yang sebenar. Bioflavonoids yang bantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan pelihara vitamin C dari oksidasi. Jadi kalau vitamin C yang xde bioflavonoids tu memamng rugi sangat lah kalau kita ambilkan.

4) BUKAN SINTETIK

Vitamin C Shaklee adalah supplement yang natural. Beza dengan vitamin C sintetik yang ada kesan antioksidan dan pro-oksidan pada masa yang sama. Maknanya ia akan hapuskan radikal bebas dan dalam masa yang sama ia juga hasilkan radikal bebas.

5) TIADA PERASA, PEMANIS, PEWARNA DAN BAHAN PENGAWET

Siapa pernah makan vitamin C Shaklee je yang tahu macam mana rasa vitamin C Shaklee ni. Rasa sitrus sebenar memang terserlah..hehehe

6) MURAH DAN TAHAN LAMA

Retail price untuk vitamin C shaklee RM92.50 sebotol. Dalam sebotol ada 180biji dan ianya tahan 6 bulan. Jadi dalam sehari, kita hanya belanja 50sen sahaja. Jimatkan..Sangat jimat kalau dibandingkan dengan vitamin C brand lain.


Jadi buat lah pilihan yang bijak dalam pemilihan vitamin C untuk badan dan kesihatan kita.. :)

Lin 012-2307867


Friday 19 December 2014

Cara atasi masalah resdung dan alergik

Assalamualaikum..
Aritu saya keluar makan seafood dengan kawan-kawan saya..tapi kesian sangat tengok kat kawan saya sorang ni...Dia tengok je kitorang makan seafood tu semua...dia hanya boleh makan ikan, sayur-sayur dan yang lain yang dia boleh makan je lah sebab dia ada masalah resdung dan alergik...kesian sangat..

Adakah anda kat luar sane pun hadapi masalah yang sama macam kawan saya ni??

Nak makan seafood tapi alergik!!
Resdung pulak teruk sampai naik jerawat!!
Mesti ada yang hadapi masalah macam ni kan??
Salah satu puncanya adalah badan tak cukup kuat untuk tahan serangan bakkteria yang serang.
InsyaAllah supplement ni dapat membantu atasi masalah ni..

VITAMIN C (tahan sehingga 6 bulan)
*************************************************
ketika badan diserang penyakit alahan, badan akan bebaskan bahan kimia yang dikenali sebagai histamine. Histamine ini akan menyebabkan tubuh kita diserang ruam, gatal-gatal, bersin dan simptom lain. Jadi Vita C ni bertindak sebagai anti-histamine yang bantu kawal penghasilan histamine. Ia juga bantu kuatkan sistem imune tubuh badan & cepatkan penyembuhan tisu.

B COMPLEX (tahan sehingga 4 bulan)
****************************************************
Untuk penghidap alergik, resdung, alahan cepat rasa tertekan, b complex ini bantu cegah rasa stress dan bantu bersihkan ruang pernafasan , pelihara sistem saraf, bina protein dalam badan & bantu pengeluaran antibodi

ALFALFA (tahan sehingga 2-3 bulan)
***************************************************
Alfalfa mengandungi banyak khasiat klorofil di mana ia kurangkan sakit resdung, kurangkan keradangan yang disebabkan resdung, selesema dan alergik. Tapi alfalfa ini kurang sesuai untuk pesakit SLE.



for more info:
LiN 012-2307867