012-2307867 / azlindaazis@gmail.com

Friday 21 November 2014

Cara naikkan Berat badan

Assalamualaikum...

Selalu kita dengar orang sibuk nak turunkan berat badan kan..tapi kali ni saya nak share tips naikkan berat badan pula...Saya sangat faham perasaan orang yang beria makan banyak tapi badan tak naik-naik sebab saya tergolong dalam golongan ini..Bak kata kawan saya, "Makan dan macam naga, tapi badan kering jugak"..


Ok, menurut Kevin Zahri, nak tambah berat badan sangat lah mudah!!.. Yang penting anda ada keinginan, disiplin dan tahu caranya.

Sukarnya naikkan berat badan ni sebanarnya disebabkan oleh metabolisma yang tinggi dan gaya pemakanan kita.

Antara tips yang boleh kita amalkan adalah:

1. Pengambilan makanan berkarbohidrat - Ambil makanan yang berkarbohidrat sangat penting untuk menambah berat badan. Contohnya nasi, roti atau ubi.. Cuba lebihkan makanan yang bersumberkan karbohidrat.

2. Makan lebih kerap, bukan banyak - Kebiasaannya orang nak gemuk ni mesti kita ingat kena makan banyak-banyakkan. Itu sebenarnya satu konsep atau cara yang salah. Jangan makan terlalu banyak dalam satu masa tapi cuba makan dengan lebih kerap. Contohnya kalau biasa makan 4 kali sehari (breakfast, lunch, tea break & dinner), cuba ubah jadi 6 atau 7 kali sehari. Lagi 2-3 kali tambahan tu untuk snek yang berkhasiat, contohnya biskut, buah-buahan atau minuman seperti susu atau smoothie.

3. Jangan minum sebelum makan - ni adalah amalan untuk orang berdiet. Jadi ia amat dilarang untuk orang yang nak tambah berat badan. SEBAB....kalau minum sebelum makan, kita akan kenyang dengan air, so kita akan makan sikit saja.

4. Bersenam - Mesti pelikkan kenapa perlu bersenam...Nak naikkan berat tapi perlu bersenam pulakkan. Harus diingatkan orang-orang yang nak naikkan berat badan ni biasanya makan tanpa mengira kalori. Jadi kalau tak bersenam, lama-lama nanti badan akan kumpulkan lemak. Takkan kita nak badan berisi tapi penuh dengan lemakkan. Jadi senaman adalah untuk membina otot dan menyingkirkan lemak (pilih senaman yang sesuai lah ya)

5. Rehat yang cukup - Jika badan kurang rehat, selera makan pun pasti berkurangan. Orang yang nak naikkan berat badan perlu mempunyai selera makan yang baik. Kalau tak macam mana nak makan smpai 6 ke 7 kali sehari kan. So, pastikan kita mendapat tidur serta rehat yang mencukupi agar badan rasa segar dan sihat.

6. Pengambilan Supplement - Untuk menaikkan berat badan, pengambilan supplement tambahan sangat penting terutamanya untuk mereka yang tidak mempunyai selera makan yang baik atau kurang mendapat rehat yang secukupnya dan juga mereka yang tidak mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang.

Even Kevin Zahri (US certified personal trainer) pun turut menyarankan pengambilan supplement tambahan untuk menambahkan berat badan. Ini adalah kerana supplement dibuat khas dengan kadar yang diperlukan oleh badan kita dan sangat mudah diambil.
Jika berminat untuk mengetahui supplement yang sesuai untuk tambah berat badan sila klik disini. Ianya selamat dan berkesan :)

So, harap-harap tips-tips diatas dapat membantu golongan seperti saya yang ingin menambah berat badan..Saya alhamdulillah dah nampak kenaikkan berat badan, anda bila lagi??..







No comments:

Post a Comment