012-2307867 / azlindaazis@gmail.com

Tuesday 18 November 2014

DOA ORANG TERANIAYA DIMAKBULKAN ALLAH

Assalamualaikum... Kita selalu dengar orang cakap yang doa orang yang teraniaya dimakbulkan Allah kan... Saya ada cerita yang nak dikongsikan tentang topik ni..

Ceritanya :
[Semalam-Isnin 17 Novenber 2014]
Semalam saya datang kepada seorang wanita yang agak berumur untuk memberi beberapa data dari team saya..saya dari tingkat 2 degan baik hatinya ke tingkat 4 ye.. (untuk makluman dia bukan bos saya malah saya bukan report kat dia pun)
So, nak jadikan cerita, terdapat kesilapan kecil je pada data yang saya bagi tu (iaitu formula sum dah tersalah disebabkan ada seseorang telah menambah row pada detail kat bawah)
Tiba-tiba... wanita tersebut menjerit-jerit marah saya didepan semua orang.. ya Allah..tuhan je lah yang tahu betapa malunya saya..padahal kesalahan tu boleh dibetulkan dan tak perlu sampai nk jerit2 tengking saya..dan kesalahan tersebut bukan nya datang dari saya..waktu tu memang menguji kesabaran saya..saya hampir-hampir nak menjerit balik kat wanita tu..tp saya istighfar banyak dalam hati dan menjawab dengan tenang..tapi wanita tu tetap tak nak terima dan terus marah-marah saya lagi..then saya cakap, ape2 u call bos saya dan saya turun.. (Dia sebagai orang tua, inikah contoh terbaik yang dia tunjukkan pada saya yang lebih muda??.. inikah yang dia nak saya contohi?? masyaAllah)

Saya menangis semahunya kat bilik air..  lepas tu saya terus amik wuduk untuk solat zohor..lepas solat tu memamg saya berdoa sangat-sangat untuk wanita tu...TAPI...saya tak doakan yang BURUK untuk dia.. Saya doakan supaya Allah buka pintu hati dia agar dia sedar dengan kesilapan yang dia dah buat. Moga dia tak kan ulangi apa yang dia dah buat kat saya pada orang lain..Saya redha kalau ini ujian untuk saya dan saya maafkan dia dengan seikhlas hati saya..

Bos saya ada meminta untuk saya melaporkan perkara ini kepada HR untuk HR ambil tindakan selanjutnya. Tapi saya mengambil keputusan untuk tidak membuat apa-apa laporan. 

[Hari ini - Selasa 18 November 2014]
Tengahari tadi saya makan dengan kawan-kawan yang berada kat tingkat 4 dimana tempat dimana saya ditengking semalam. Mereka semua menyaksikan kejadian tersebut. 
Diorang cerita kat saya yang wanita berkenaan bertanya pada mereka pagi ni tentang apa yang dia dah buat pada saya semalam. Wanita tersebut merasakan yang dia dah buat tindakan yang sangat salah semalam. Wanita tersebut juga ada bercerita dengan suami dia tentang kejadian ini. Suami wanita tu pun memberi pendapat yang tindakan yang dibuat salah. So dipendekkan cerita dia menyesal dengan tindakan yang dia dah buat pada saya.

Walaupun wanita tu tak datang pada saya untuk mintak maaf, tapi saya sangat bersyukur kalau dia benar-benar menyesal dengan tindakan yang dia dah buat.
Yang paling saya tak sangka, hati saya sangat tenang hari ni bila orang bercerita tentang isu ini pada saya. Kalau tak sebelum-sebelum ni, mesti saya akan jadi marah dan rasa nak mengutuk-ngutuk lagi wanita tu.. 

Ya Allah adakah ni hikmah nye bila kita redha dan terima dengan hati yang tenang dengan setiap ujian Allah...Saya betul-betul terasa yang jiwa saya sangat tenang. 
Ya Allah moga Allah terus memberi kekuatan serta kesabaran untuk aku tempuhi setiap ujian yang Engkau berikan. Amin.

No comments:

Post a Comment