012-2307867 / azlindaazis@gmail.com

Thursday 6 November 2014

Pentingnya kesedaran serta pengetahuan tentang HIV

Macam biasa bila akak turun site, mesti akan ikut outreach worker keluar buat outreach..Tapi malam ni akak ikut team SW (sex worker)..

Ok, bagi sesiapa yang tak tahu, program yang dijalankan untuk komuniti sex worker ni, adalah dengan memberi kondom kepada mereka dan dalam masa yang sama kita akan tarik mereka untuk menjalankan ujian VCT/ HIV. 
Mesti ada yang nak hentam akak kan sebab program ni nampak macam menggalakkan je...TAPI...sebelum nak buat andaian, rumusan atau hentaman, soal selidik dulu ye..so sebelum korang tanye, biar hakak jelaskan kat sini apa kepentingan program ini. 

Program ini adalah program dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia ye... 
Secara logiknye lah ye...Adakah seseorang itu senang untuk mengubah cara hidup yang dia dah slalu buat??..kita suruh diorg benti, pasti ke diorg akan benti??. dengan tangkap mereka, adakah mereka akan benti??... Sama sekali tidak kan..Kita amik contoh merokok lah...macam-maca, fatwa dah keluar mengatakan merokok tu haram, merokok membahayakan kesihatan, sekarang ni pulak harga rokok makin meningkat...macam-macam cara dah buat supaya diorg ni berhenti merokok...TAPI...adakah diorg ni benti rokok??? Adakah diorg ni sedar???...sudah pasti jawapannye TIDAK kan..

So kesnye sama lah mcm ni..Program KKM ni adalah bertujuan untuk mengurangkan jangkitan HIV. Dimana golongan-golongan seperti pengguna dadah suntikan dan pekerja seks tanpa kondom merupakan antara golongan yang berisiko tinggi mendapat HIV. Dari situ, KKM menggunakan pendekatan dengan memberi pengetahuan serta pendidikan kepada golongan2 berisiko ini supaya menjalankan seks dengan menggunakan kondom dan tidak berkongsi jarum suntikan untuk golongan yang menggunakan dadah secara suntikan. Selain tu, menggalakkan setiap pekerja seks dan pengguna dadah ini mengetahui status mereka dengan menjalankan ujian VCT/HIV. Bagi pengguna dadah pulak, selain buat ujian HIV, program ini juga turut membantu mereka-mereka yang benar-benar ingin berhenti menggunakan dadah dengan beralih ke Methadone program dan selepas itu insyaAllah boleh bebas dari dadah. 

Negara kita ni ada macam-macam agensi...kita ada POLIS, AADK, Jabatan Agama..semuanya ada peranan masing-masing. Macam program yang dijalankan oleh KKM ni, memang menjurus kepada aspek kesihatan...

Jom kita fikir jauh sikit...

Percaya tak kalo saya cakap hampir 70% orang yang melanggan pekerja seks adalah yang telah berkahwin dan telah bekeluarga. Xperlu lah saya sebut sama ada diorg melaggan female sex worker atau transgender kan...kita amik general je lah ye..

Bayangkan, suami-suami kita ni keluar dan ada jalinkan hubungan seks dengan pekerja seks tanpa menggunakan kondom, dan nasib xbaik pulak kebetulan sex worker tu +ve HIV.. SO korang rase??...konpom2 lah suami korang juga terdedah dan berkemungkinan BESAR dijangkiti HIV juga...Dia balik rumah pulak, bersama pulak dengan kita yang mana kita sebagai isteri-isteri yang baik yang sentiasa mempercayai suami-suami kita ni sampai xterfikir pun yang suami kita ni ada buat perkara yang xelok dibelakang kita...Korang rasa, ade potensi tak untuk korang turut sama dijangkiti HIV???...Fikir-fikir kan lah...Andai kata kita bernasib malang dan dijangkiti HIV, kita pulak disahkan mengandung...ha...satu hal lagi kan.. Yang lebih sedihnye lagi, bila keadaan ni berlaku, si suami pulak tak mengaku yang virus HIV tu sebenarnya datang dari dia..Dia pulak spin cerita dengan menyalahkan si isteri kononnya si isteri ni yang berlaku curang dibelakang die sehingga dijangkiti HIV..Lebih malang lagi bila suami kita pulak tidak mahu mengaku yang anak dalam kandungan tu adalah anak dia dan mengatakan anak tu adalah anak hasil perlakuan curang kita...SEDIH KAN???... SANGAT...SANGAT...SANGAT...SEDIH Hokay...sebab kita yang jadi mangsa keadaan..dan ade kemungkinan juga kita akan dibuang dari keluarga kita sendiri. Nak-nak pulak kita hanyalah suri rumah yang takde pendapatan..dah dibuang keluarga, suami pulak ceraikan kita, mana kita nak pegi kan???...
Apa yang saya cakap ni adalah berasaskan dari cerita betul ye...

Jadi kesedaran tentang HIV/AIDS ni sebenarnya sangat penting...kita sebenarnya tak boleh kenal pun sapa yang ade HIV dan siapa yang takde HIV...bukan ade tulis kat dahi depa pun kan..
So sebenarnya semua masyarakat perlu ada kesedaran tentang isu ini...bukan hanya pada golongan yang berisiko tinggi je tau...kalo bole, sekurang-kurangnya pegilah buat ujian VCT/HIV setiap 6 bulan..nak lagi elok, setiap 3 bulan..Rawatan untuk HIV itu sendiri ada..Masalahnya sekarang masyarakat terlalu stigma dan ada diskriminasi terhadap golongan yang dijangkiti HIV ni..padahal kadang-kadang bukan salah diorg pun diorg ade HIV tu..Kalo korang nak tau, orang yang ade HIV, yang mengambil ubat mengikut jadual boleh hidup lebih dari orang biasa..malah keadaan mereka same aje mcm org biasa smpai kita sendiri tak kan tau yang dia sebenarnya ade HIV. 

Selalu kita tengok orang kalo tau sape-sape je ade HIV, diorg akan buang orang-orang ni, akan dihalau dari kampung lah, kutuk, hina, takut nak duduk dekat dengan diorang, nak bersalam lagi lah jauh sekali...Semua ni sebab apa??? Sebab kita tiada pengetahuan dan kesedaran pasal HIV.  
Bila kita ada kesedaran dan pengetahuan pasal HIV, kita bukan sahaja boleh bersalaman, malah kita bole berpelukan dengan diorg..nak makan,bersukan sama-sama pun tak de masalah..

ok lah...panjang sangat dah akak bebel ni...next entry akak share lagi pasal HIV/AIDS untuk pengetahuan kita bersama ye... 

[SENYUM]




1 comment:

  1. Assalam.. Nak tanya.. Macam mana nak jadi outreach worker ni ye?

    ReplyDelete