012-2307867 / azlindaazis@gmail.com

Thursday 13 November 2014

Ciri-ciri Autism

Assalamualaikum..
Memandangkan masa bawa Aqil jumpa Dr. Wan Karina, dia ada kata yang Aqil berkemungkinan "mild autism", so malam tu jugak saya google semua maklumat pasal Autism ni.

Kat sini saya nak share tentang ciri-ciri Autism.


Antara ciri-ciri autism yang saya nampak ada pada Aqil :

  • speech delay
  • less eye contact
  • kurang gemar untuk bermain dengan orang lain
  • Kalau panggil nama dia, dia seolah-olah tak dengar. (kadang-kadang dia bagi respon yang cepat)
  • kalau nak apa-apa, Aqil akan tarik tangan kita ke arah benda tu
  • Kurang memahami / sukar menerima arahan
  • Kurang berkongsi kegembiraan dengan orang lain
  • kurang main game yang libatkan variasi atau permainan berpura-pura (seperti masak-masak, atau doktor-doktor)- tidak seperti kanak-kanak seusia dia lah.
Ni antara yang saya dapat kenal pasti ada pada Aqil lah...

Ada banyak lagi ciri-ciri nya. Antaranya adalah:

  • sesetengah daripada pengidap autism tidak gemar dengan susu ibu.
  • mengalami masalah untuk tidur dan sering terjaga pada malam dan mula menunggu orang lain disekitarnya.
  • tidak menunjukkan minat terhadap cahaya matahari, bunyi atau sebarang pergerakan yang berlaku berhampiran mereka.
  • Kurangg mengenali ibubapa seperti kanak-kanak lain. Bagi mereka semua orang sama sahaja.
  • Kurang menunjukkan minat kepada barang mainan seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.
  • Tidak menunjukkan tindak balas terhadap orang dewasa.
  • Lebih gemar bermainan secara bersendirian berbanding bermain dengan kawan sebayanya.
  • Mereka tidak takut bila ditinggalkan secara bersendirian.
  • Tidak suka kepada sentuhan. Kalau disentuh, mereka tidak akan selesa dengan sentuhan tersebut dan mereka akan keraskan badan.
  • Lebih berminat kepada benda-benda pelik seperti suis lampu, pita rakaman, benda yang berpusing ataupun barangan elektrik.
  • Gemar menggunakan tangan sebagai alat untuk menyampaikan sesuatu berbanding menyampaikan secara lisan.
Selain dari tanda-tanda awal diatas, pengidap autism juga menunjukkan keganjilan dalam proses pergaulan mereka. Antara tanda-tandanya:

  • mereka tak tahu memulakan pergaulan dan tak tahu untuk bergaul dengan rakan-rakan lain.
  • mereka tak pedulikan perasaan orang sekeliling mereka.
  • mereka tidak mempunyai 'eye contact' dengan orang lain dan sering mengelakkan daripada bertentangan mata semasa bercakap.
  • mereka tidak dapat mengawal diri sendiri dan sering bergerak kesana kemari
  • mereka tidak menunjukkan sebarang kesakitan atau tindak balas terhadap kecerderaan yang dialami
  • Setengah dari mereka mengalami fobia atau ketakutan terhadap air atau bunyi bising. Mereka akan menjerit ketakutan.
  • mereka akan mencederakan diri sendiri sekiranya berada dalam situasi yang kurang menyenangkan. (Tapi jarang berlaku)
  • mereka melepaskan rasa marah dan tidak puas hati dengan membaling barang.
  • mereka sukar memahami dan menerima arahan yang diberikan pada mereka.





No comments:

Post a Comment