012-2307867 / azlindaazis@gmail.com

Monday 3 November 2014

5 perkara yang kita perlu tahu tentang ibu/bapa yang ada anak ISTIMEWA..

- Ibu/Bapa yang ada anak istimewa =>> 5 perkara yang kita perlu amik tahu -


Bila ibu/bapa ada anak istimewa, ia menjadikan seseorang ibu atau bapa itu tergolong dalam kelasnya yang tersendiri. Masing-masing menghadapi situasi yang berlainan, bergantung kepada jenis keistimewaan anak mereka, samada buta/bisu/cacat anggota/ hyperactive/autisme/rent syndrome/cerebral palsy/mental retarded/down syndrome/... kemudian samada hanya mempunyai anak mereka seorang itu sahaja atau ada anak2 normal yang lain... so kat sini hakak nak share ngan smua tentang beberapa perkara yang kita patut tahu..


1. SAYA PENAT
Walaupun anda lihat saya telahpun mengambil timeout: baring/tengok tv/keluar jalan2 tetapi hakikatnya saya sentiasa keletihan kerana menjaga anak istimewa saya. Emosi saya sentiasa diuji daripada saya membuka mata hinggalah saya melelapkan mata. Tubuh saya sengal-sengal kerana sentiasa on guard atas sebarang kemungkinan. Kemudian tanggungjawab terhadap rumahtangga, kerjaya, terhadap anak-anak yang lain pula...

2. SAYA IRI HATI
Sometimes saya malas nak hadiri perjumpaan keluarga atau rakan2, atau duduk bersama2 dengan orang2 normal yang lain, sebab kat sana saya akan lihat macam mana anak2 orang lain begitu mudah melakukan perkara2 yang anak saya susah nak buat... nak kne buat/jalani terapi berbulan2, kne dilatih bercakap banyak2 kali macam burung kakak tua...semata-mata untuk dapatkn skill tu datang secara semulajadi mcm anak2 normal. Saya rase mcm nak tutup telinga dan lari je bila tengok ibubapa normal berlumba2 ceritakan kebolehan anak masing2: sudah boleh hafal abc, 123, boleh itu ini, tidak boleh ingat sifir, malas buat kerja sekolah... tapi anak saya hanya sekadar bersuara ahhh ahhh bila mahukan sesuatu ataupun mengoyakkan kertas dan menggunting kertas pun dengan penuh kesukaran. Apabila anak normal mereka boleh bermain dan berguling2 dengan kawan2 lain tapi anak saya hanya akan terus mengamuk dan menangis sekiranya tersentuh sedikit pun dengan budak2 lain.

3. SAYA SENDIRI
Tangungjawab ini adalah milik saya sepenuhnya...walaupun ramai ahli keluarga yang menyatakan sokongan mereka, walau betapa banyak kelab dan persatuan yang saya sertai, tetapi saya sebenarnya bersendirian akhirnya. Siapa yang tahu apa yang anak saya mahukan apabila dia hanya pandang ke satu arah, atau hanya menyebut ahh..ahh.. atau dengan tiba2 mengamuk setiap hari. Apa yang perlu saya buat??, cara bertenang bagaimana yang berkesan untuk mereka? Saya terikat di sebelah anak istimewa saya. Seperti watak Frodo sebagai ring barrier dalam Lord of The Rings, dia diiringi dengan perwira2 hebat, sahabat setia, tetapi hakikatnya dia sendiri yang mesti memasukkan ring tersebut ke dalam kawah volcano. Saya akan kehilangan ahli keluarga dan kebanyakkan kawan2 disebabkan sikap menyendiri saya ni, tetapi saya tiada pilihan lain.

4. SAYA SABAR
Jangan beritahu saya supaya bersabar kalau korang tak tahu maksud sabar tu sendiri. Kalau saya tak sabar, saya tak akan ada di sini, pegang erat tangan anak saya, peluk mereka walaupun mereka tidak peluk saya balik. Jangan cepat melatah dan pass judgement bila saya tinggikan suara atau menghukum anak istimewa saya dengan cara yang betul. Saya letakkan kepentingan anak istimewa saya paling utama, lebih daripada keutamaan diri saya sendiri, dan kadangkala lebih daripada anak2 normal saya yang lain. Sekiranya korg melihat saya memarahi mereka di depan orang, tolong lah bertenang dulu. Sebab anak saya tidak seperti anak2 normal yang lain, yang tahu apa appropriate behavior, apa unacceptable behavior. Anak2 saya pula akan menjerit dan meraung sebab dia tak tahu bertindakbalas seperti yg sepatutnya. Kalo korg nak mahu masuk campur, jangan cuba ajar saya, atau terus take over, tetapi tanya saya, 'Ada apa yang boleh saya bantu?' Saya dengan senang hati akan mengajar korang teknik urutan atau rocking movement yang sesuai untuk sensory anak2 saya, atau cara bercakap mengikut reward system, kemudian korg akan tahu ia adalah tidak semudah yang disangka.

5. SAYA HANYA MANUSIA
Saya mcm korg juga, nak melepak kt kedai mamak, nak gi tgk perlawanan bola, nak bershopping, nak berspa, nak tengok wayang, nak gardening... Saya ada keinginan dan kemahuan. Jangan ingat saya robot yang telah diprogramkan dengan sempurna. Tidak perlu itu semua..saya lain sebab saya ada anak istimewa..tapi saya masih ada keinginan untuk menjalani kehidupan seharian mcm korang. Tidak perlu tenung saya atau pas remarks untuk buat saya rasa bersalah, saya dah cukup rasa bersalah setiap kali kami menyantaikan diri saya.

~Jadi, jom lah kita jadi masyarakat yang lebih prihatin tentang perasaan serta situasi yang orang lain alami~

[SENYUM]

No comments:

Post a Comment