012-2307867 / azlindaazis@gmail.com

Thursday 13 November 2014

ANAK SYURGA MOMMY- MUHAMMAD FARIS AQIL

Ini anak syurga saya yg pertama Muhammad Faris Aqil (perjuang yang bijaksana). Umur Aqil sekarang dah 3 tahun 8 bulan. Aqil sangat istimewa sebab perkembangan dia tak sama macam kanak-kanak seusia dia. Adakah Aqil mengidap AUTISM??... itu lah yang menjadi tanda tanya pada saya dan juga suami.
Ibu bapa mana lah yang tak risau kalau tengok anak-anak orang lain dah boleh bercerita macam-macam pada usia ni, tapi anak kita cuma hanya dapat menyebut butir-butir perkataan.



Kalau tengok perkembangan Aqil masa dari kecil, Aqil memang tiada masalah. Aqil cuma ada eczema aje. Ya mungkin semasa usia Aqil berumur 2 tahun, dia masih belum boleh bercakap dan hanya tau menyebut one until ten dan A smpai Z. Yang menariknya, Aqil bukan sahaja tau menyebut, malah dia faham dan tau apa yang dia sebut. Katakan kita tunjuk no.7, dia tau itu seven.

 

 Dari segi perkembangan secara keseluruhan memang saya tak nampak kekurangan pada Aqil. Mungkin yang sangat ketara adalah dari segi percakapan dia. Aqil memang tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak seusia dia. Dan satu lagi, kalau orang panggil dia, kadang-kadang dia akan bagi respon yang cepat dan kadang-kadang dia xbagi respon langsung sampai orang terpaksa memanggil nama dia berulang kali.

Mungkin salah kami juga sebab terlalu dedahkan Aqil dengan ipad sejak dia berumur setahun.. Saya admit yang Aqil sentiasa dengan ipad dia sehingga tak hiraukan orang sekeliling dia..Ini memang betul kesilapan besar yang kami dah lakukan pada Aqil. Saya sendiri tak pasti sama ada ini adalah punca perkembangan Aqil tak sama macam kanak-kanak seusia dia.

BAGAIMANA IA DIKENALPASTI

Bila Aqil mencecah 2 tahun lebih, saya mula risau dengan perkembangan dia. Anak buah saya yang sebaya dengan Aqil, dah bercakap macam orang besar dah..tapi Aqil masih belum boleh bercakap dalam 1 ayat. Adik beradik saya pun selalu cakap-cakap tentang bila Aqil nak bercakap...Mak mana lah yang tak terasa kan bila orang cakap-cakap macam tu, nak-nak keluarga sendiri.. Tapi saya pendam je..Ada juga share dengan kawan-kawan..tapi diorang cakap biasa lah tu budak-budak lelaki memang lambat cakap nak nak Aqil cepat berjalan..

Bila Aqil masuk 3 tahun, saya semakin risau. Bila bawa Aqil check up kat klinik kesihatan, nurse check and dengar yang Aqil memang boleh bercakap cuma xboleh bercakap dalam ayat je..Nurse cakap yang Aqil ni cuma speech delay.. So saya dan husband pun sedapkan hati lah. 

So nak jadikan cerita masa tu kat kepala Aqil ade naik kudis-kudis n kelenjar kat kepala dia pun membengkak. Dah bawak pegi klinik pun still xelok lagi..then saya decide bawak Aqil gi jumpa paed kat Hospital Pantai - Dr. Wan Karina. Dr ni yang dulu rawat Aqil masa die warded sbb viral fever.
Lepas-lepas cakap pasal kepala Aqil tu, saya pun tanya lah kat Dr pasal perkembangan Aqil. Dr. tengok Aqil dan cakap-cakap ngan Aqil untuk tengok respon dia. Lepas tu Dr. cakap dia tak boleh nak diagnose apa-apa sebab Aqil kena jalani beberapa assessment. Tapi doc ada cakap yang Aqil BERKEMUNGKINAN ada mild Autism.  Doc juga ada terangkan beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang ada autism

Doc suggestkan saya dan husband untuk bawa Aqil ke Child Development Centre di HUKM untuk mengetahui keadaan Aqil yang sebenar. Doc ade bagi referral letter untuk bawak Aqil ke sane..

Mak mana yang tak sayang anak kan..So hari tu juga saya dan husband bawak Aqil ke CDC HUKM..

Proses yang saya jalani masa sy sampai di CDC saya akan cerita di next entry.

No comments:

Post a Comment