012-2307867 / azlindaazis@gmail.com

Saturday 22 November 2014

Supplement untuk tambah berat badan

Assalamualaikum..

Disini saya nak kongsikan supplement yang saya ambil untuk meningkatkan berat badan saya. 

 




Saya amalkan pengambilan B complex, Vitalea dan Mealshake untuk tambah berat badan saya. Dalam masa yang sama saya amalkan juga beberapa tips lain (klik sini). 

MEALSHAKE 
- membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting.
Sumber yang kaya dengan kalsium, fiber dan protein.

VITALEA 
- Membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
- Ia juga membantu mencantikkan kulit, kuku dan rambut yang kuat dari akarnya.
- Bantu cegah penyakit tiroid @ beguk yang kebiasaannya terjadi disebabkan kerana kekurangan iodin dan ianya terdapat didalam vitalea.
- Ia juga membantu memberi tenaga dan tidak lesu.

B COMPLEX
- mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan
- mengawal atur kadar metabolisme dalam badan
- Mengalakkan kesihatan sistem kardiovaskular
- mengurangkan rasa letih, tekanan (stress)
- meningkatkan sistem pertahanan badan.



Nak tahu tips sampingan yang saya amalkan juga selain dari amik suplement ni, klik sini.
Jada Amalkan supplement ini dengan konsisten dan beristiqomah, InsyaAllah berhasil.
More info :
LiN 012-2307867

Friday 21 November 2014

Cara naikkan Berat badan

Assalamualaikum...

Selalu kita dengar orang sibuk nak turunkan berat badan kan..tapi kali ni saya nak share tips naikkan berat badan pula...Saya sangat faham perasaan orang yang beria makan banyak tapi badan tak naik-naik sebab saya tergolong dalam golongan ini..Bak kata kawan saya, "Makan dan macam naga, tapi badan kering jugak"..


Ok, menurut Kevin Zahri, nak tambah berat badan sangat lah mudah!!.. Yang penting anda ada keinginan, disiplin dan tahu caranya.

Sukarnya naikkan berat badan ni sebanarnya disebabkan oleh metabolisma yang tinggi dan gaya pemakanan kita.

Antara tips yang boleh kita amalkan adalah:

1. Pengambilan makanan berkarbohidrat - Ambil makanan yang berkarbohidrat sangat penting untuk menambah berat badan. Contohnya nasi, roti atau ubi.. Cuba lebihkan makanan yang bersumberkan karbohidrat.

2. Makan lebih kerap, bukan banyak - Kebiasaannya orang nak gemuk ni mesti kita ingat kena makan banyak-banyakkan. Itu sebenarnya satu konsep atau cara yang salah. Jangan makan terlalu banyak dalam satu masa tapi cuba makan dengan lebih kerap. Contohnya kalau biasa makan 4 kali sehari (breakfast, lunch, tea break & dinner), cuba ubah jadi 6 atau 7 kali sehari. Lagi 2-3 kali tambahan tu untuk snek yang berkhasiat, contohnya biskut, buah-buahan atau minuman seperti susu atau smoothie.

3. Jangan minum sebelum makan - ni adalah amalan untuk orang berdiet. Jadi ia amat dilarang untuk orang yang nak tambah berat badan. SEBAB....kalau minum sebelum makan, kita akan kenyang dengan air, so kita akan makan sikit saja.

4. Bersenam - Mesti pelikkan kenapa perlu bersenam...Nak naikkan berat tapi perlu bersenam pulakkan. Harus diingatkan orang-orang yang nak naikkan berat badan ni biasanya makan tanpa mengira kalori. Jadi kalau tak bersenam, lama-lama nanti badan akan kumpulkan lemak. Takkan kita nak badan berisi tapi penuh dengan lemakkan. Jadi senaman adalah untuk membina otot dan menyingkirkan lemak (pilih senaman yang sesuai lah ya)

5. Rehat yang cukup - Jika badan kurang rehat, selera makan pun pasti berkurangan. Orang yang nak naikkan berat badan perlu mempunyai selera makan yang baik. Kalau tak macam mana nak makan smpai 6 ke 7 kali sehari kan. So, pastikan kita mendapat tidur serta rehat yang mencukupi agar badan rasa segar dan sihat.

6. Pengambilan Supplement - Untuk menaikkan berat badan, pengambilan supplement tambahan sangat penting terutamanya untuk mereka yang tidak mempunyai selera makan yang baik atau kurang mendapat rehat yang secukupnya dan juga mereka yang tidak mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang.

Even Kevin Zahri (US certified personal trainer) pun turut menyarankan pengambilan supplement tambahan untuk menambahkan berat badan. Ini adalah kerana supplement dibuat khas dengan kadar yang diperlukan oleh badan kita dan sangat mudah diambil.
Jika berminat untuk mengetahui supplement yang sesuai untuk tambah berat badan sila klik disini. Ianya selamat dan berkesan :)

So, harap-harap tips-tips diatas dapat membantu golongan seperti saya yang ingin menambah berat badan..Saya alhamdulillah dah nampak kenaikkan berat badan, anda bila lagi??..







Tuesday 18 November 2014

DOA ORANG TERANIAYA DIMAKBULKAN ALLAH

Assalamualaikum... Kita selalu dengar orang cakap yang doa orang yang teraniaya dimakbulkan Allah kan... Saya ada cerita yang nak dikongsikan tentang topik ni..

Ceritanya :
[Semalam-Isnin 17 Novenber 2014]
Semalam saya datang kepada seorang wanita yang agak berumur untuk memberi beberapa data dari team saya..saya dari tingkat 2 degan baik hatinya ke tingkat 4 ye.. (untuk makluman dia bukan bos saya malah saya bukan report kat dia pun)
So, nak jadikan cerita, terdapat kesilapan kecil je pada data yang saya bagi tu (iaitu formula sum dah tersalah disebabkan ada seseorang telah menambah row pada detail kat bawah)
Tiba-tiba... wanita tersebut menjerit-jerit marah saya didepan semua orang.. ya Allah..tuhan je lah yang tahu betapa malunya saya..padahal kesalahan tu boleh dibetulkan dan tak perlu sampai nk jerit2 tengking saya..dan kesalahan tersebut bukan nya datang dari saya..waktu tu memang menguji kesabaran saya..saya hampir-hampir nak menjerit balik kat wanita tu..tp saya istighfar banyak dalam hati dan menjawab dengan tenang..tapi wanita tu tetap tak nak terima dan terus marah-marah saya lagi..then saya cakap, ape2 u call bos saya dan saya turun.. (Dia sebagai orang tua, inikah contoh terbaik yang dia tunjukkan pada saya yang lebih muda??.. inikah yang dia nak saya contohi?? masyaAllah)

Saya menangis semahunya kat bilik air..  lepas tu saya terus amik wuduk untuk solat zohor..lepas solat tu memamg saya berdoa sangat-sangat untuk wanita tu...TAPI...saya tak doakan yang BURUK untuk dia.. Saya doakan supaya Allah buka pintu hati dia agar dia sedar dengan kesilapan yang dia dah buat. Moga dia tak kan ulangi apa yang dia dah buat kat saya pada orang lain..Saya redha kalau ini ujian untuk saya dan saya maafkan dia dengan seikhlas hati saya..

Bos saya ada meminta untuk saya melaporkan perkara ini kepada HR untuk HR ambil tindakan selanjutnya. Tapi saya mengambil keputusan untuk tidak membuat apa-apa laporan. 

[Hari ini - Selasa 18 November 2014]
Tengahari tadi saya makan dengan kawan-kawan yang berada kat tingkat 4 dimana tempat dimana saya ditengking semalam. Mereka semua menyaksikan kejadian tersebut. 
Diorang cerita kat saya yang wanita berkenaan bertanya pada mereka pagi ni tentang apa yang dia dah buat pada saya semalam. Wanita tersebut merasakan yang dia dah buat tindakan yang sangat salah semalam. Wanita tersebut juga ada bercerita dengan suami dia tentang kejadian ini. Suami wanita tu pun memberi pendapat yang tindakan yang dibuat salah. So dipendekkan cerita dia menyesal dengan tindakan yang dia dah buat pada saya.

Walaupun wanita tu tak datang pada saya untuk mintak maaf, tapi saya sangat bersyukur kalau dia benar-benar menyesal dengan tindakan yang dia dah buat.
Yang paling saya tak sangka, hati saya sangat tenang hari ni bila orang bercerita tentang isu ini pada saya. Kalau tak sebelum-sebelum ni, mesti saya akan jadi marah dan rasa nak mengutuk-ngutuk lagi wanita tu.. 

Ya Allah adakah ni hikmah nye bila kita redha dan terima dengan hati yang tenang dengan setiap ujian Allah...Saya betul-betul terasa yang jiwa saya sangat tenang. 
Ya Allah moga Allah terus memberi kekuatan serta kesabaran untuk aku tempuhi setiap ujian yang Engkau berikan. Amin.

Thursday 13 November 2014

Ciri-ciri Autism

Assalamualaikum..
Memandangkan masa bawa Aqil jumpa Dr. Wan Karina, dia ada kata yang Aqil berkemungkinan "mild autism", so malam tu jugak saya google semua maklumat pasal Autism ni.

Kat sini saya nak share tentang ciri-ciri Autism.


Antara ciri-ciri autism yang saya nampak ada pada Aqil :

  • speech delay
  • less eye contact
  • kurang gemar untuk bermain dengan orang lain
  • Kalau panggil nama dia, dia seolah-olah tak dengar. (kadang-kadang dia bagi respon yang cepat)
  • kalau nak apa-apa, Aqil akan tarik tangan kita ke arah benda tu
  • Kurang memahami / sukar menerima arahan
  • Kurang berkongsi kegembiraan dengan orang lain
  • kurang main game yang libatkan variasi atau permainan berpura-pura (seperti masak-masak, atau doktor-doktor)- tidak seperti kanak-kanak seusia dia lah.
Ni antara yang saya dapat kenal pasti ada pada Aqil lah...

Ada banyak lagi ciri-ciri nya. Antaranya adalah:

  • sesetengah daripada pengidap autism tidak gemar dengan susu ibu.
  • mengalami masalah untuk tidur dan sering terjaga pada malam dan mula menunggu orang lain disekitarnya.
  • tidak menunjukkan minat terhadap cahaya matahari, bunyi atau sebarang pergerakan yang berlaku berhampiran mereka.
  • Kurangg mengenali ibubapa seperti kanak-kanak lain. Bagi mereka semua orang sama sahaja.
  • Kurang menunjukkan minat kepada barang mainan seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.
  • Tidak menunjukkan tindak balas terhadap orang dewasa.
  • Lebih gemar bermainan secara bersendirian berbanding bermain dengan kawan sebayanya.
  • Mereka tidak takut bila ditinggalkan secara bersendirian.
  • Tidak suka kepada sentuhan. Kalau disentuh, mereka tidak akan selesa dengan sentuhan tersebut dan mereka akan keraskan badan.
  • Lebih berminat kepada benda-benda pelik seperti suis lampu, pita rakaman, benda yang berpusing ataupun barangan elektrik.
  • Gemar menggunakan tangan sebagai alat untuk menyampaikan sesuatu berbanding menyampaikan secara lisan.
Selain dari tanda-tanda awal diatas, pengidap autism juga menunjukkan keganjilan dalam proses pergaulan mereka. Antara tanda-tandanya:

  • mereka tak tahu memulakan pergaulan dan tak tahu untuk bergaul dengan rakan-rakan lain.
  • mereka tak pedulikan perasaan orang sekeliling mereka.
  • mereka tidak mempunyai 'eye contact' dengan orang lain dan sering mengelakkan daripada bertentangan mata semasa bercakap.
  • mereka tidak dapat mengawal diri sendiri dan sering bergerak kesana kemari
  • mereka tidak menunjukkan sebarang kesakitan atau tindak balas terhadap kecerderaan yang dialami
  • Setengah dari mereka mengalami fobia atau ketakutan terhadap air atau bunyi bising. Mereka akan menjerit ketakutan.
  • mereka akan mencederakan diri sendiri sekiranya berada dalam situasi yang kurang menyenangkan. (Tapi jarang berlaku)
  • mereka melepaskan rasa marah dan tidak puas hati dengan membaling barang.
  • mereka sukar memahami dan menerima arahan yang diberikan pada mereka.





ANAK SYURGA MOMMY- MUHAMMAD FARIS AQIL

Ini anak syurga saya yg pertama Muhammad Faris Aqil (perjuang yang bijaksana). Umur Aqil sekarang dah 3 tahun 8 bulan. Aqil sangat istimewa sebab perkembangan dia tak sama macam kanak-kanak seusia dia. Adakah Aqil mengidap AUTISM??... itu lah yang menjadi tanda tanya pada saya dan juga suami.
Ibu bapa mana lah yang tak risau kalau tengok anak-anak orang lain dah boleh bercerita macam-macam pada usia ni, tapi anak kita cuma hanya dapat menyebut butir-butir perkataan.



Kalau tengok perkembangan Aqil masa dari kecil, Aqil memang tiada masalah. Aqil cuma ada eczema aje. Ya mungkin semasa usia Aqil berumur 2 tahun, dia masih belum boleh bercakap dan hanya tau menyebut one until ten dan A smpai Z. Yang menariknya, Aqil bukan sahaja tau menyebut, malah dia faham dan tau apa yang dia sebut. Katakan kita tunjuk no.7, dia tau itu seven.

 

 Dari segi perkembangan secara keseluruhan memang saya tak nampak kekurangan pada Aqil. Mungkin yang sangat ketara adalah dari segi percakapan dia. Aqil memang tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak seusia dia. Dan satu lagi, kalau orang panggil dia, kadang-kadang dia akan bagi respon yang cepat dan kadang-kadang dia xbagi respon langsung sampai orang terpaksa memanggil nama dia berulang kali.

Mungkin salah kami juga sebab terlalu dedahkan Aqil dengan ipad sejak dia berumur setahun.. Saya admit yang Aqil sentiasa dengan ipad dia sehingga tak hiraukan orang sekeliling dia..Ini memang betul kesilapan besar yang kami dah lakukan pada Aqil. Saya sendiri tak pasti sama ada ini adalah punca perkembangan Aqil tak sama macam kanak-kanak seusia dia.

BAGAIMANA IA DIKENALPASTI

Bila Aqil mencecah 2 tahun lebih, saya mula risau dengan perkembangan dia. Anak buah saya yang sebaya dengan Aqil, dah bercakap macam orang besar dah..tapi Aqil masih belum boleh bercakap dalam 1 ayat. Adik beradik saya pun selalu cakap-cakap tentang bila Aqil nak bercakap...Mak mana lah yang tak terasa kan bila orang cakap-cakap macam tu, nak-nak keluarga sendiri.. Tapi saya pendam je..Ada juga share dengan kawan-kawan..tapi diorang cakap biasa lah tu budak-budak lelaki memang lambat cakap nak nak Aqil cepat berjalan..

Bila Aqil masuk 3 tahun, saya semakin risau. Bila bawa Aqil check up kat klinik kesihatan, nurse check and dengar yang Aqil memang boleh bercakap cuma xboleh bercakap dalam ayat je..Nurse cakap yang Aqil ni cuma speech delay.. So saya dan husband pun sedapkan hati lah. 

So nak jadikan cerita masa tu kat kepala Aqil ade naik kudis-kudis n kelenjar kat kepala dia pun membengkak. Dah bawak pegi klinik pun still xelok lagi..then saya decide bawak Aqil gi jumpa paed kat Hospital Pantai - Dr. Wan Karina. Dr ni yang dulu rawat Aqil masa die warded sbb viral fever.
Lepas-lepas cakap pasal kepala Aqil tu, saya pun tanya lah kat Dr pasal perkembangan Aqil. Dr. tengok Aqil dan cakap-cakap ngan Aqil untuk tengok respon dia. Lepas tu Dr. cakap dia tak boleh nak diagnose apa-apa sebab Aqil kena jalani beberapa assessment. Tapi doc ada cakap yang Aqil BERKEMUNGKINAN ada mild Autism.  Doc juga ada terangkan beberapa ciri-ciri kanak-kanak yang ada autism

Doc suggestkan saya dan husband untuk bawa Aqil ke Child Development Centre di HUKM untuk mengetahui keadaan Aqil yang sebenar. Doc ade bagi referral letter untuk bawak Aqil ke sane..

Mak mana yang tak sayang anak kan..So hari tu juga saya dan husband bawak Aqil ke CDC HUKM..

Proses yang saya jalani masa sy sampai di CDC saya akan cerita di next entry.

Thursday 6 November 2014

Pentingnya kesedaran serta pengetahuan tentang HIV

Macam biasa bila akak turun site, mesti akan ikut outreach worker keluar buat outreach..Tapi malam ni akak ikut team SW (sex worker)..

Ok, bagi sesiapa yang tak tahu, program yang dijalankan untuk komuniti sex worker ni, adalah dengan memberi kondom kepada mereka dan dalam masa yang sama kita akan tarik mereka untuk menjalankan ujian VCT/ HIV. 
Mesti ada yang nak hentam akak kan sebab program ni nampak macam menggalakkan je...TAPI...sebelum nak buat andaian, rumusan atau hentaman, soal selidik dulu ye..so sebelum korang tanye, biar hakak jelaskan kat sini apa kepentingan program ini. 

Program ini adalah program dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia ye... 
Secara logiknye lah ye...Adakah seseorang itu senang untuk mengubah cara hidup yang dia dah slalu buat??..kita suruh diorg benti, pasti ke diorg akan benti??. dengan tangkap mereka, adakah mereka akan benti??... Sama sekali tidak kan..Kita amik contoh merokok lah...macam-maca, fatwa dah keluar mengatakan merokok tu haram, merokok membahayakan kesihatan, sekarang ni pulak harga rokok makin meningkat...macam-macam cara dah buat supaya diorg ni berhenti merokok...TAPI...adakah diorg ni benti rokok??? Adakah diorg ni sedar???...sudah pasti jawapannye TIDAK kan..

So kesnye sama lah mcm ni..Program KKM ni adalah bertujuan untuk mengurangkan jangkitan HIV. Dimana golongan-golongan seperti pengguna dadah suntikan dan pekerja seks tanpa kondom merupakan antara golongan yang berisiko tinggi mendapat HIV. Dari situ, KKM menggunakan pendekatan dengan memberi pengetahuan serta pendidikan kepada golongan2 berisiko ini supaya menjalankan seks dengan menggunakan kondom dan tidak berkongsi jarum suntikan untuk golongan yang menggunakan dadah secara suntikan. Selain tu, menggalakkan setiap pekerja seks dan pengguna dadah ini mengetahui status mereka dengan menjalankan ujian VCT/HIV. Bagi pengguna dadah pulak, selain buat ujian HIV, program ini juga turut membantu mereka-mereka yang benar-benar ingin berhenti menggunakan dadah dengan beralih ke Methadone program dan selepas itu insyaAllah boleh bebas dari dadah. 

Negara kita ni ada macam-macam agensi...kita ada POLIS, AADK, Jabatan Agama..semuanya ada peranan masing-masing. Macam program yang dijalankan oleh KKM ni, memang menjurus kepada aspek kesihatan...

Jom kita fikir jauh sikit...

Percaya tak kalo saya cakap hampir 70% orang yang melanggan pekerja seks adalah yang telah berkahwin dan telah bekeluarga. Xperlu lah saya sebut sama ada diorg melaggan female sex worker atau transgender kan...kita amik general je lah ye..

Bayangkan, suami-suami kita ni keluar dan ada jalinkan hubungan seks dengan pekerja seks tanpa menggunakan kondom, dan nasib xbaik pulak kebetulan sex worker tu +ve HIV.. SO korang rase??...konpom2 lah suami korang juga terdedah dan berkemungkinan BESAR dijangkiti HIV juga...Dia balik rumah pulak, bersama pulak dengan kita yang mana kita sebagai isteri-isteri yang baik yang sentiasa mempercayai suami-suami kita ni sampai xterfikir pun yang suami kita ni ada buat perkara yang xelok dibelakang kita...Korang rasa, ade potensi tak untuk korang turut sama dijangkiti HIV???...Fikir-fikir kan lah...Andai kata kita bernasib malang dan dijangkiti HIV, kita pulak disahkan mengandung...ha...satu hal lagi kan.. Yang lebih sedihnye lagi, bila keadaan ni berlaku, si suami pulak tak mengaku yang virus HIV tu sebenarnya datang dari dia..Dia pulak spin cerita dengan menyalahkan si isteri kononnya si isteri ni yang berlaku curang dibelakang die sehingga dijangkiti HIV..Lebih malang lagi bila suami kita pulak tidak mahu mengaku yang anak dalam kandungan tu adalah anak dia dan mengatakan anak tu adalah anak hasil perlakuan curang kita...SEDIH KAN???... SANGAT...SANGAT...SANGAT...SEDIH Hokay...sebab kita yang jadi mangsa keadaan..dan ade kemungkinan juga kita akan dibuang dari keluarga kita sendiri. Nak-nak pulak kita hanyalah suri rumah yang takde pendapatan..dah dibuang keluarga, suami pulak ceraikan kita, mana kita nak pegi kan???...
Apa yang saya cakap ni adalah berasaskan dari cerita betul ye...

Jadi kesedaran tentang HIV/AIDS ni sebenarnya sangat penting...kita sebenarnya tak boleh kenal pun sapa yang ade HIV dan siapa yang takde HIV...bukan ade tulis kat dahi depa pun kan..
So sebenarnya semua masyarakat perlu ada kesedaran tentang isu ini...bukan hanya pada golongan yang berisiko tinggi je tau...kalo bole, sekurang-kurangnya pegilah buat ujian VCT/HIV setiap 6 bulan..nak lagi elok, setiap 3 bulan..Rawatan untuk HIV itu sendiri ada..Masalahnya sekarang masyarakat terlalu stigma dan ada diskriminasi terhadap golongan yang dijangkiti HIV ni..padahal kadang-kadang bukan salah diorg pun diorg ade HIV tu..Kalo korang nak tau, orang yang ade HIV, yang mengambil ubat mengikut jadual boleh hidup lebih dari orang biasa..malah keadaan mereka same aje mcm org biasa smpai kita sendiri tak kan tau yang dia sebenarnya ade HIV. 

Selalu kita tengok orang kalo tau sape-sape je ade HIV, diorg akan buang orang-orang ni, akan dihalau dari kampung lah, kutuk, hina, takut nak duduk dekat dengan diorang, nak bersalam lagi lah jauh sekali...Semua ni sebab apa??? Sebab kita tiada pengetahuan dan kesedaran pasal HIV.  
Bila kita ada kesedaran dan pengetahuan pasal HIV, kita bukan sahaja boleh bersalaman, malah kita bole berpelukan dengan diorg..nak makan,bersukan sama-sama pun tak de masalah..

ok lah...panjang sangat dah akak bebel ni...next entry akak share lagi pasal HIV/AIDS untuk pengetahuan kita bersama ye... 

[SENYUM]




Tuesday 4 November 2014

TIPS AGAR REZEKI SENTIASA BERKAT DAN HALAL

Perkara penting dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang kita peroleh tetapi sebaliknya, ada atau tidak keberkatan di dalam rezeki itu.


Rezeki melimpah-ruah tidak sama konsepnya dengan rezeki yang halal dan berkat. Ada orang mempunyai rezeki yang banyak tetapi sayangnya di dalamnya tidak terdapat unsur keberkatan.


Di dalam Islam, keberkatan rezeki yang diinginkan adalah bermaksud rezeki yang bertambah dan mengandungi kebaikan di dalamnya. 


Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa cara agar rezeki menjadi lancar, berkat dan halal. Antaranya :


1. Menjauhi pekerjaan haram dan subahat

Setiap orang hendaklah taat kepada Allah SWT dan tidak melakukan dosa kerana dosa akan menutup pintu rezeki. 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (riwayat at-Tirmizi).

Selain itu, dekatkanlah diri kepada Allah dengan ibadah tambahan seperti solat Dhuha dan solat Tahajud.


2. Bekerja sungguh-sungguh

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT senang melihat hamba-Nya bersusah payah (kelelahan) dalam mencari rezeki yang halal.” (riwayat Adailami)


3. Mengadu masalah rezeki hanya kepada-Nya

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa tertimpa kemiskinan, kemudian ia mengadukannya kepada sesama manusia, maka tidak akan tertutup kemiskinannya itu. Namun, siapa sahaja yang mengadukannya kepada Allah, maka Allah akan memberinya rezeki, baik segera ataupun lambat.” (riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)


4. Memperbanyakkan beristighfar 

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa memperbanyak istighfar, Maka Allah SWT akan menjadikan setiap kesulitan kelapangan dan setiap kesempitan jalan keluar dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak pernah disangka-sangkanya.” (riwayat Imam Ahmad)


5. Sabar dan banyak membaca LA HAWLA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAH

 
Diriwayatkan bahawa Salim, anak laki-laki ‘Auf bin Malik al-Asyja’iy telah ditawan oleh orang musyrik. Kemudian, ‘Auf datang mengadu kesedihannya kepada Rasulullah.

Baginda SAW berkata: “Bertakwalah kepada Allah, bersabarlah dan aku anjurkan agar kamu dan isterimu memperbanyak bacaan, La hawlah wa laa quwwata illa billah. 

‘Auf kembali ke rumahnya dan menyatakan suruhan Rasulullah SAW itu. Keduanya, segera melaksanakan perintah Rasulullah SAW. Akhirnya, anaknya berhasil meloloskan diri daripada musuh dan membawa ternakan kambingnya sebanyak 4,000 ekor di hadapan ayahnya. (Tafsir Qurthubi, surah al-Thalaq: 3)


6. Tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana Allah telah memberi rezeki kepada burung yang berangkat di pagi hari dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya dengan perut kenyang. (riwayat Bukhari)


7. Bersedekah dan nafkahkan harta kepada yang berhak.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Ada tiga hal yang aku bersumpah kepadanya dan aku akan menyampaikan suatu berita kepadamu, maka perhatikan benar-benar: Tidak akan berkurang harta seseorang kerana sedekah dan tiadalah seseorang membuka pintu meminta-minta melainkan Allah akan membukakan kepadanya pintu kemiskinan.” (riwayat al-Tirmizi)


8. Tolong agama Allah dengan menegakkan syariat Islam


Firman Allah SWT bermaksud: Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad: 7)


Syariat Islam akan tegak dengan adanya daulah Islam. Islam sebagai jalan kehidupan tidak tegak dalam masyarakat saat ini dengan tidak sebagai wadah. Sistem perekonomian di mana umat mencari rezeki pada saat ini merupakan sistem perekonomian yang tidak mendukung mereka untuk mendapatkan rezeki yang banyak, lancar dan berkat.


 Mari kita amalkan tips2 berikut agak rezeki kita sentiasa diberkati dan halal.
[SENYUM]

Monday 3 November 2014

5 perkara yang kita perlu tahu tentang ibu/bapa yang ada anak ISTIMEWA..

- Ibu/Bapa yang ada anak istimewa =>> 5 perkara yang kita perlu amik tahu -


Bila ibu/bapa ada anak istimewa, ia menjadikan seseorang ibu atau bapa itu tergolong dalam kelasnya yang tersendiri. Masing-masing menghadapi situasi yang berlainan, bergantung kepada jenis keistimewaan anak mereka, samada buta/bisu/cacat anggota/ hyperactive/autisme/rent syndrome/cerebral palsy/mental retarded/down syndrome/... kemudian samada hanya mempunyai anak mereka seorang itu sahaja atau ada anak2 normal yang lain... so kat sini hakak nak share ngan smua tentang beberapa perkara yang kita patut tahu..


1. SAYA PENAT
Walaupun anda lihat saya telahpun mengambil timeout: baring/tengok tv/keluar jalan2 tetapi hakikatnya saya sentiasa keletihan kerana menjaga anak istimewa saya. Emosi saya sentiasa diuji daripada saya membuka mata hinggalah saya melelapkan mata. Tubuh saya sengal-sengal kerana sentiasa on guard atas sebarang kemungkinan. Kemudian tanggungjawab terhadap rumahtangga, kerjaya, terhadap anak-anak yang lain pula...

2. SAYA IRI HATI
Sometimes saya malas nak hadiri perjumpaan keluarga atau rakan2, atau duduk bersama2 dengan orang2 normal yang lain, sebab kat sana saya akan lihat macam mana anak2 orang lain begitu mudah melakukan perkara2 yang anak saya susah nak buat... nak kne buat/jalani terapi berbulan2, kne dilatih bercakap banyak2 kali macam burung kakak tua...semata-mata untuk dapatkn skill tu datang secara semulajadi mcm anak2 normal. Saya rase mcm nak tutup telinga dan lari je bila tengok ibubapa normal berlumba2 ceritakan kebolehan anak masing2: sudah boleh hafal abc, 123, boleh itu ini, tidak boleh ingat sifir, malas buat kerja sekolah... tapi anak saya hanya sekadar bersuara ahhh ahhh bila mahukan sesuatu ataupun mengoyakkan kertas dan menggunting kertas pun dengan penuh kesukaran. Apabila anak normal mereka boleh bermain dan berguling2 dengan kawan2 lain tapi anak saya hanya akan terus mengamuk dan menangis sekiranya tersentuh sedikit pun dengan budak2 lain.

3. SAYA SENDIRI
Tangungjawab ini adalah milik saya sepenuhnya...walaupun ramai ahli keluarga yang menyatakan sokongan mereka, walau betapa banyak kelab dan persatuan yang saya sertai, tetapi saya sebenarnya bersendirian akhirnya. Siapa yang tahu apa yang anak saya mahukan apabila dia hanya pandang ke satu arah, atau hanya menyebut ahh..ahh.. atau dengan tiba2 mengamuk setiap hari. Apa yang perlu saya buat??, cara bertenang bagaimana yang berkesan untuk mereka? Saya terikat di sebelah anak istimewa saya. Seperti watak Frodo sebagai ring barrier dalam Lord of The Rings, dia diiringi dengan perwira2 hebat, sahabat setia, tetapi hakikatnya dia sendiri yang mesti memasukkan ring tersebut ke dalam kawah volcano. Saya akan kehilangan ahli keluarga dan kebanyakkan kawan2 disebabkan sikap menyendiri saya ni, tetapi saya tiada pilihan lain.

4. SAYA SABAR
Jangan beritahu saya supaya bersabar kalau korang tak tahu maksud sabar tu sendiri. Kalau saya tak sabar, saya tak akan ada di sini, pegang erat tangan anak saya, peluk mereka walaupun mereka tidak peluk saya balik. Jangan cepat melatah dan pass judgement bila saya tinggikan suara atau menghukum anak istimewa saya dengan cara yang betul. Saya letakkan kepentingan anak istimewa saya paling utama, lebih daripada keutamaan diri saya sendiri, dan kadangkala lebih daripada anak2 normal saya yang lain. Sekiranya korg melihat saya memarahi mereka di depan orang, tolong lah bertenang dulu. Sebab anak saya tidak seperti anak2 normal yang lain, yang tahu apa appropriate behavior, apa unacceptable behavior. Anak2 saya pula akan menjerit dan meraung sebab dia tak tahu bertindakbalas seperti yg sepatutnya. Kalo korg nak mahu masuk campur, jangan cuba ajar saya, atau terus take over, tetapi tanya saya, 'Ada apa yang boleh saya bantu?' Saya dengan senang hati akan mengajar korang teknik urutan atau rocking movement yang sesuai untuk sensory anak2 saya, atau cara bercakap mengikut reward system, kemudian korg akan tahu ia adalah tidak semudah yang disangka.

5. SAYA HANYA MANUSIA
Saya mcm korg juga, nak melepak kt kedai mamak, nak gi tgk perlawanan bola, nak bershopping, nak berspa, nak tengok wayang, nak gardening... Saya ada keinginan dan kemahuan. Jangan ingat saya robot yang telah diprogramkan dengan sempurna. Tidak perlu itu semua..saya lain sebab saya ada anak istimewa..tapi saya masih ada keinginan untuk menjalani kehidupan seharian mcm korang. Tidak perlu tenung saya atau pas remarks untuk buat saya rasa bersalah, saya dah cukup rasa bersalah setiap kali kami menyantaikan diri saya.

~Jadi, jom lah kita jadi masyarakat yang lebih prihatin tentang perasaan serta situasi yang orang lain alami~

[SENYUM]

KENAPA SAYA JOIN BISNES SHAKLEE??

Bila ckp psl kenapa hakak join shaklee ni, haaa kt sini hakak nk berterus terang...Pada awalnya hakak join sbb ade org yg offer utk free registration. Masa tu hakak hanya consume alfalfa n esp je..bak kate org, REZEKI JANGAN DITOLAK... dh org nk bg free kn...gile..ko ckp xnk..

So bermula dr situ lh hakak ni bergelar SID. Tittle tu hanya memudahkn hakak untuk membeli dengan harga ahli je..selain tu hakak xtau pape...bertahun juga lh hakak bertittle SID dengan keadaan mcm ni..

Sampai lah tahun 2014, hakak nmpak best fren hakak ms kt uitm dulu post mcm2 sharing, mcm2 info, mcm aktvt psl shaklee...benda tu betul2 buat hakak tertarik.. Dari sehari ke sehari rase nk tanye kt die..tp biasa lh manusia kn...MALU tu dah mcm raja dlm diri ni..
So nk jd kn cite, tgh bulan Mei 2014, hakak nekad nk tanye kwn hakak ni...Rase nye dlm about an hour berchatting, hakak dh  rs sgt2 yakin dgn die dan dlm ms yg same, masa tu hakak mmg target nk berbisnes dgn shaklee, nk2 bila vitamin2 shaklee ni berhasil untuk hakak dan famli sendiri..

Pada tanggal 17 Mei 2014, hakak sah jd SID bwh bimbingan kwn hakak ni (group : IRON MILLIONAIRE).
Nak tau x napa hakak tergerak nk join group ni??? sebab....
Hakak nampak diorg ni aktif sangat dan group diorg ni happening gile..ade mcm2 aktiviti..
Hakak PASTI dan YAKIN yang hakak boleh berjaya dalam SHAKLEE dengan group ni.

Yakin dengan KEBERKESANAN produk ini..
Yakin dengan KEHEBATAN group ini...
Yakin dengan KEJAYAAN yang bakal dikecapi...

[SENYUM]

Sunday 2 November 2014

Kerja dan anak-anak.

Lepas outstation..outstation lg. Dan lagi..dan lagi..Arini hakak kne pegi Kelantan smpai lah jumaat..
Slalunye kalo g os pn hakak kalo bole xnk ganggu lgsg hari sabtu ahad..sebab wiken adalah hari utk anak2 dan famli...tapi kali ni xdpt nk elak sbb kelantan kn keje ari ahad..so terpakse lah..
Aqil mungkin dah faham kot yg mommy die ni keje macam mane kn..so xde lah die nk ngamuk bila hakak nk kne os..tapiiii afiq....
Afiq ni memang lain skit dr abg die...manje die mmg teramat lah sangat..die mmg manje sgt2 ngan hakak..ngan daddy die pun die xnak..
Sbnrnye hakak bersyukur sgt2 sbb walaupun hakak slalu outstation, slalu xde kat umah..tapi tetap rapat ngan hakak, tetap manje ngan hakak..mungkin sbb hakak fully breastfeed diorg kot..bonding antara mak ngan ank tu sgt kuat bila kita bf ank kita kn..
Td mase anta Afiq kat umh babysitter, sedih hakak rs..mau tak nye...afiq peluk hakak kuat gile n xnak lepas..die xnk g kat 'mama' die pun lgsg..nangis2...Adoi...luluh rase hati hakak ni..hakak xleh nk buat ape sbb keje kn..

Ni lah antara sebab utama hakak nk sgt benti keje..nk sgt jd WAHM..
Hakak nk jd suri rumah yg berpendapatan..xnk mintak duit husband..nak ade duit sendri..

hakak kene usaha..kne usaha..kne usaha..
Kne kuat semangat...tak bole cepat putus asa..
Demi mereka hakak kne buat smpai berjaya..
INSYAALLAH..

Med Mordoux?.. Azlinda Azis?.. Siapa Dia??

Kalau baca tajuk entry pun dah boleh tau yg hakak nak cite pasal diri sendiri kan... Kalau artis, mesti org ramai dah gali2 kat byk sumber untuk tau biodata artis tu kan... Memandangkan hakak hanyalah "artis jadian", jadi terpaksa hakak sendiri yang sibuk2 nak sebarkan pasal diri sendiri..hahhaa..

bak kata pepatah, TAK KENAL MAKAN TAK CINTA... upps nak bercinta ke kita..hehehee...

So kat sini hakak nak share serba sedikit pasal diri saya... :)

Merujuk kepada surat beranak dan ic dan merujuk kepada mak ayah hakak, nama yg diorang bagi adalah Azlinda binti Azis... tapi kalo tgk kat fb or name blog ni pun dah "mummy med" kan.. hihihi...Actually nama "MED" tu dapat masa saya sekolah teknik bukit piatu dulu tahun 1999, masa tu baru masuk form 4.. Kalau tak silap saya budak kelas saya yg bg name tu...hahhaa ... kalau nk tau mane dtg nye nama tu,.... jeng..jeng...jeng...tggu lah next..next..next... entry nnt eh..hehehe
Nak pendek kan cita nama tu mmg lekat sampai lah sekarang...

Masa belajar dulu amik jurusan electrical... kemain lagi kan macam hebat sgt lah..hahahaa... tp hebat lah juga... sbb abis belajar.. n dapat keje dalam bidang ni gak walaupun xbrape nk lame sgt lah kan.. Lepas tu hakak dapat peluang kerja kat MAJLIS AIDS MALAYSIA yang memang xde kena mengena langsung dengan electrical.. Mungkin rezeki saya kot.. kebetulan masa interview ngan Executive Director MAM tu, kena plak ED tu ex staff petronas tempat hakak keje dlu.. rupanya.... die pun engineer juga hokayy.. electrical jugakkk... sudah nye bukan nye sy di interview, bertukar jadi sembang2 psl keje lame...hahaha...
So tu lah permulaan hakak berkecimpung dalam dunia NGO sampai lah sekarang...masa tu 2009..dan skang dah 2014..maksudnya dah 5 taun lah hakak dalam dunia ni...macam2 hakak blaja dan ia nya mmg sgt interesting dan seronok sebenarnya...nnt hakak akan cite lebih kat next entry.. :)

20 March 2010, hakak sah menjadi isteri serta suri hati kepada MOHD FAUZI MD YUSOF.. hahaha.. dengan perkenalan selama setahun aje..

Alhamdulillah, anak pertama lahir pada 21 March 2011 - MUHAMMAD FARIS AQIL dengan berat 3.29kg pada pukul 8.08 mlm..

Anak kedua pula lahir pada 14 Februari 2013 - MUHAMMAD FAIZ AFIQ dengan berat 3.45kg pada pukul 6.35 petang..

Alhamdulillah proses kelahiran kedua2 jantung hati hakak memang dipermudahkan...sangat senang dan sakit yang dirasai xlama pun.. alhamdulillah ank pertama breastfeed smpai umur 2 tahun 5 bulan dan anak kedua masih lagi breastfeed sehingga sekarang.

Dari segi personaliti pulak...

1- hakak ni sgt suka bercerita pasal breastfeeding mungkin sbb hakak ni pro-bf... xtau nak ckp macam mane, tapi bila org tanye psl breastfeeding, hakak cam over excited nk bercerita nak2 kalo org tu plan untuk bf ank diorg...rasa mcm kejayaan besar je kalo dapat share any info psl bf.. :)

2- Hakak seorang yang sangat aktif...siapa yang kenal hakak mmg tau macam mane diriku.. masa sekolah join olahraga, netball, softball, abis skolah main wall climbing, kayak, eco- challenge, jadi instructor outdoor, panjat gunung...main paintball...hahahaa..abis lah smua...kulit ni jgn cakap lah...kalo Dato' terlajak laris nmpak, mau die soh hakak pakai losyen die nnt..hehehe

3- hakak ni very easy- going person, senang untuk berkawan, suka buat lawak n yang penting xsuka tgk suasana senyap...kalo kat ofis ni, kalo hakak ada memang memekak je lah...hehehee...

4- Sangat sukakan music... :)

5- Satu bakat yang hakak sendiri baru tau yg ade pada saya adalah hakak sebenarnye pandai menjahit hokayyy...buktinya nnt di next entry.. hehehhee :)

Matlamat hidup pulak...

hakak rasa setiap ibu nak anak2 ada dengan kita setiap masa kan...macam tu jugak dengan hakak... Macam sekarang ni 70% dari masa saya adalah untuk kerja.. hari2 keluar pagi balik kol 8 mlm.. lepas tu keje hakak pulak banyak sgt outstation...anak2 slalu sgt kena tinggal... sedihnya Allah aje lah yang tahu.. sebab ank2 adalah segala-galanya bagi hakak..
Impian utama hakak sekarang adalah utk menjadi WAHM... Hakak target July 2015, diri ni dah 100% jadi milik anak2 n suami..tiada lagi outstation tanpa suami n anak2, tiada lagi keje lebih masa tanpa mereka..
InsyaAllah, hakak yakin dengan SHAKLEE hakak mampu untuk capai impian itu. Yang penting usaha serta doa yang berterusan dan tak kenal erti putus asa...
Doa kan hakak ye... :)

[SENYUM]