012-2307867 / azlindaazis@gmail.com

Wednesday 31 December 2014

BOTOX SEMULAJADI - (DIY) DO IT YOURSELF!!

Assalamualaikum..

Kalau kita tengok masa sekarang ni berjalan pantas betul. Dalam tak sedar saya sendiri dah berusia 32 tahun. Ehmm tapi rasa macam baru abis sekolah je.. Bila masa dah pantas usia pun makin meningkat tanda keletihan serta penuaan pun mula lah muncul kat kulit kan. Kita pula mula lah sibuk dok tercari-cari produk-produk berjenama yang agak berkos tinggi untuk mengelakkan penuaan, kedutan dan lain-lain lah untuk mengekalkan kecantikan kononnya kan.. Sampai ada yang sanggup berhabis duit untuk cocok botox lah vitamin E, C lah...hehehe.

Saya faham setiap wanita mahu kelihatan cantik dan nampak muda dari usia sebab saya juga inginkan nya. Jadi kat sini saya nak kongsikan BOTOX SEMULAJADI yang akan membantu korang kelihatan cantik. InsyaAllah.

Ini resepi Botox semulajadi yang saya nak kongsikan dengan semua.

Bahan-bahan:

1 sudu besar sour cream
5 sudu besar jus lobak merah yang baru diperah
1 sudu besar tepung jagung

Cara penyediaannya:

1) Larutkan tepung jagung dalam setengah gelas air
2) Kemudian tuangkan ia kedalam periuk dan tambahkan 100ml air mendidih.
3) Masak semuanya dengan api kecil sampai campuran menjadi agak pekat.
4) Sejukkan campuran tadi dan tambah sour cream dan jus lobak merah segar.
5) Kacau semua campuran,
6) Korang dah boleh sedia cuci dan bersihkan muka.
7) Lepas tu dah boleh lah tepekkan botox korang tu ala-ala macam pakai masker.
8) Biarkan selama 25-30 minit
9) Lepas tu dah boleh bilas dengan air suam.

Lebihan "botox" yang korang buat tadi, boleh disejukkan dan esok-esoknya boleh pakai lagi.

Untuk nak dapatkan kesan yang lebih baik, gunakan "botox" tu 3 hari berturut-turut.





"BOTOX SEMULAJADI" ni akan menghapuskan kesan keletihan dan kedutan, hydrate your face dan kulit korang akan jadi lebih ketat dan lebih lembut.
InsyaAllah.

Lepas ni boleh lah buat "botox" masing-masing. Tak payah dah nak berbelanja mahal-mahal untuk cucuk botox lagi. hehehe

Tapi bagi yang gemarkan vitamin E utuk hilangkan parut-parut kat muka tu boleh cuba tengok kat sini. 

more info:

LiN 012-2307867

No comments:

Post a Comment