012-2307867 / azlindaazis@gmail.com

Tuesday 30 December 2014

TIPS KULIT CANTIK TANPA MEKAP

Assalamualaikum..

Dari apa yang saya lihat, sebahagian besar wanita sering merasa takut dan kurang yakin untuk tampil tanpa make up bila keluar. Mereka sering menganggap yang wajah akan nampak kusam dan tidak cantik kalau tidak bermekap. (Saya sendiri pernah berperasaan sebegini sebelum ni)
Jadi seiring dengan peningkatan usia, wanita semakin inginkan kulit yang lebih cantik..BETUL TAK??

Jadi dalam entri ini saya akan kongsikan beberapa tips yang boleh kita gunakan untuk tampil cantik dengan tanpa menggunakan make-up.

TIPS CANTIK TANPA MEKAP

1) Rawat Kulit Pagi dan Malam


Cucilah muka dengan pencuci yang sesuai. Itu adalah cara rawat kulit yang paling basic. Jika memakai mekap, tanggalkan mekap dahulu dengan menggunakan make up remover atau baby oil. 
Semasa mencuci muka, urut muka dengan perlahan-lahan bagi melancarkan perjalanan darah pada bahagian muka.

(#tips tradisional yang boleh digunakan - ambil sikit baking powder dan camppurkan sikit air. Kemudian gosok perlahan-lahan pada muka. Biarkan dalam 2 minit, lepas tu bersihkan dengan air bersih. Selepas itu, ambil sedikit minyak kelapa dara dan sapukan pada seluruh wajah.
Kulit akan lembab, licin, bersih dan tegang).

2) Pemakanan yang sihat




Makanan yang masuk ke dalam tubuh juga mempengaruhi penampilan. Makanan yang mengandungi lemak dan garam yang tinggi boleh memberi kesan tidak baik pada kulit muka. Makanan berminyak dapat menstimulasi kelenjar minyak untuk memproduksi minyak lebih. Makanan berlemak, kacang dan soft drink dapat menjadi punca timbulnya jerawat.
Dengan itu, gantikan lah dengan makanan yang lebih sihat, seperti masakan cara kukus, rebus atau panggang. Yang paling penting seimbang.
Serat adalah satu unsur yang penting sebab ia akan membawa keluar toksik dari dalam badan. Toksik yang berlebihan boleh beri akibat pada kulit, terutamanya kulit muka. Serat ini boleh didapati dari sayuran dan buah-buahan. Jadi perbanyakkan makan buah dan sayuran adalah kunci tampil cantik semulajadi.
 (#tips : minum air rendaman lemon setiap pagi bagi membuang toksik dalam badan).

3) Tidur yang cukup


Tidurlah sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Dapatkan tidur yang lebih berkualiti dan jauhkan dari sebarang gangguan. Simpan telefon, tutup TV dan elakkan fikir masalah sebelum tidur. Makin banyak masalah yang difikirkan makin banyak kerutan yang terhasil. Akhirnya kulit muka pun jadi kedut beribu-ribu..hahaha..
Kalau boleh tutup lampu atau malapkan lampu atau pasang lampu tidur ketika hendak tidur. Ia akan menghasilkan hormon yang baik untuk beri pertahanan pada tubuh badan sekaligus menjaga sel-sel badan dari rosak.
(#Tips : Bangun pagi sebab bangun pagi dipercayai dapat mengurangkan stress)

4) Jangan picit jerawat




Anda dilarang memicit jerawat. Jangan sekali-kali picit jerawat dengan menggunakna tangan sebabbakteria mudah merebak melalui sentuhan. Tangan kita ni selalu sangat cenderung untuk picit jerawat sampai pecahkan. Kadang-kadang tu sampai luka dan melecet sebab syok sangat memicit jerawat tu.
(#Tips : gunakan perahan limau nipis atau ubat gigi atau putih telur)


4) Pengambilan vitamin dan mineral

Sumber terbaik adalah dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Tapi malangnya, sekarang ni memang susah kita nak dapatkan sayur dan buah-buahan yang segar dan terpelihara kualitinya. Jadi untuk lengkapkan khasiat yang diperlukan, ambillah supplement tambahan seperti Vitamin C. Sebiji Vitamin C shaklee bersamaan dengan 7.5 biji buah oren. Mampukah kita nak makan 7.5 biji oren setiap hari untuk lengkapkan keperluan vitamin C badan kita??.
Semua orang pun tahu yang vitamin C ni sangat baik untuk kulit. Ia akan menjadikan kulit kurang cela, tona sekata dan kulit lebih bersih.
Selain itu, Vitamin E juga sangat bagus untuk kulit. Vita-E Complex, tinggi dengan kandungan anti-oksidan. Ia dapat memulihkan kesan atau parut akibat jerawat. ESP juga sangat membantu merangsangkan pertumbuhan sel-sel baru pada kulit. Jadi sel-sel rosak dan mati akan digantikan dengan segera. Kesannya kulit tidak kering, nampak lembap dan gebu.


Kulit yang cantik dari dalam adalah semulajadi berbanding dengan kulit yang dipakaikan dengan bedak dan make-up. Tak perlu lagi berselindung dengan make-up tebal. Hadapilah masalah kulit anda dan cubalah untuk membaiki kulit yang dah rosak. Impian untuk dapat kulit yang cantik tanpa mekap pasti jadi kenyataan jika anda bersungguh-sungguh untuk nya.

Semoga tips diatas dapat membantu anda untuk menjadi lebih cantik secara semula jadi..

Nak beli supplement shaklee..
Nak jadi ahli shaklee..
Nak more info pasal shaklee...


  








No comments:

Post a Comment