012-2307867 / azlindaazis@gmail.com

Tuesday 13 January 2015

Tiada Lagi Menderita Cramp Kaki Ketika Hamil

Assalamualaikum

Kenapa kejang kaki/cramp sering menyerang ibu mengandung?Cramp atau kejang kaki ketika hamil adalah normal. Apabila memasuki trimester kedua dan ketika, ibu-ibu mengandung biasanya akan mengalami kejang kaki atau cramps yang menyerang di waktu malam. Walaupun ia adalah normal bagi ibu mengandung, tetapi masalah kejang kaki/cramps sangat menyakitkan dan boleh menganggu tidur malam ibu-ibu. Ia dikatakan berlaku dari pengumpulan asid serat otot yang membuat otot menjadi tegang. Ia biasanya akan merasa tegang dikawasan otot betis.Mesti ibu-ibu tertanya-tanya apa yang menyebabkan berlakunya cramp/kekejangan kaki ini kan??




PUNCA CRAMP/KEJANG KAKI

1. Kekurangan nutrien dan garam (Kalsium atau magnesium dalam darah)

Pengambilan makanan ketika hamil adalah sangat penting. Ketika hamil, segala zat-zat makanan yang ibu-ibu ambil akan dikongsikan bersama dengan bayi didalam perut. Jadi sekiranya kita tidak menjaga pemakanan, kekurangan zat akan berlaku kerana bayi didalam perut akan mengambil apa yang mereka perlukannya dari si ibu.

2. Pembesaran Rahim (uterus)

Rahim (uterus) yang semakin membesar sejajr dengan perkembangan baby dalam kandungan. Jadi, salur darah besar pada kaki si ibu akan tertekan kerana pembesara rahim (uterus). 

3. Perubahan Hormon

Kehadiran hormon progestron juga memberi kesan kepada otot kaki.

4. Perkembangan kandungan dan bebanan berat

Keadaan otot kaki yang letih berkemungkinan daripada keadaan berdiri yang lama atau terlalu banyak melakukan kerja. Bebanan berat yang semakin meningkat dan perut yang semakin membesar ketika hamil juga membuat otot kaki kita lebih cepat letih. 

CARA ATASI KESAKITAN KETIKA KEKEJANGAN BERLAKU


1. Regangkan kaki. Minta suami bantu untuk tegakkan kaki agar kedudukan kaki dan betis adalah 90 darjah. Pada masa yang sama gerakkan jari-jari kaki. Ibu akan menahan kesakitan buat sementara kerana kesakitan akan beransur-ansur kurang.


2. Urut pada otot yang tegang


3. Apabila sakit semakin kurang, ibu boleh cuba untuk bangun dan jalan perlahan-lahan.




CARA ATASI KEJANG KAKI KETIKA HAMIL

1. Pakai Stokin

Pakailah stokin sebaiknya ketika hendak tidur. Pilih stokin yang selesa atau seeloknya gunakan stokin sokongan

2. Senama Regangan 

Lakukan senaman ringan atau regangan otot sebelum tidur. Dapatkkan bantuan suami sekiranya ibu tidak larat untuk melakukan sendiri. Seeloknya tolakkan ibu jari ke arah lutut dan tolak tumit ke arah luar atau sejauh mungkin. 

3. Tinggikan kaki
Alaskan kaki ketika tidur dan pastikan keadaan kaki lebih tinggi dari badan



 4. Pengambilan kalsium
Pengambilan pil kalsium adalah antara cara yang paling mudah. Pilih kalsium yang ada kandungan vitamin D untuk penyerapan kalsium yang berkesan. Ostematrix, iaitu pil kalsium dari shaklee yang megandungi vitamin D, magnesium, cooper, boron dan zinc untuk penyerapan dan kesan yang lebih baik. 
Pengambilan ostematrix sebelum tidur akan membantu badan merasa lebih segar, menghilangkan kebas-kebas kaki, hilangkan lenguh badan, tiada lagi masalah kekejangan dan proses pembuangan menjadi lebih baik.


"Tahukah anda yang ibu mengandung memerlukan 1200-1500mg kalsium setiap hari. Ini sangat diperlukan bukan sahaja untuk elakkan kekejangan kaki, malah ia juga penting untuk perkenbangan baby dalam kandungan ibu. Selain itu, kalsium yang cukup juga dapat mengelakkan risiko baby lahir pra-matang dan baby tidak cukup berat."




5. Minum air yang mencukupi
Air merupakan elemen penting dalam kehidupan harian terutamanya untuk ibu hamil. Tapi jangan pula diminum sekali banyak sebab ia akan mengakibatkan badan mudah nyah hidrat. Minumlah air apabila hterasa haus. air yang mencukupi juga membantu elakkan risiko berlakunya kekejangan kaki ketika hamil.

6. Urutan di betis

Urutan dibetis dapat membantu dari berlakunya kekejangan kaki. Jadi gunakan peluang ini untuk dimanjakan oleh si suami dengan meminta bantuan mereka untuk mengurut ibu-ibu. Ada kajian menunujukkan bahawa sentuhan serta urutan dari suami dapat menghilangkan stress...Jadi...janganlah lepaskan peluang..hehehe



Moga tip-tip diatas dapat membantu masalah kekejangan kaki yang ibu-ibu hadapi dan pastikan ibu-ibu amalkan ia secara konsisten. Jadikan lah kehamilan kali ini lebih bermakna dan terindah dengan tiada lagi masalah kekejangan kaki.

Ibu sihat dan gembira, anak pun akan turut lahir dalam keadaan sihat gdan gembira kerana apa saja yang ibu rasai dan lalui, anak akan turut terasa. Jadi cari dan buat yang terbaik untuk diri sendiri dan juga anak didalam kandungan.

more info
LiN 012-2307867




No comments:

Post a Comment