012-2307867 / azlindaazis@gmail.com

Sunday 4 January 2015

Atasi Masalah Haid | Apa yang perlu dilakukan??

Assalamualaikum..

Sekarang ini banyak kes yang saya dengar mengalami masalah dengan haid mereka. Ada yang jadual haid tidak teratur, ada yang mengalami period pain yang teruk dan ada juga yang berbulan-bulan tak datang haid. Yang paling merisaukan adalah bagi mereka-mereka yang masih belum berkahwin sebab ia secara tak langsung akan mengganggu tahap kesuburan untuk mendapatkan cahaya mata selepas kahwin nanti.



Jadi apa yang kita perlu buat untuk atasi masalah haid ini adalah:

Langkah Pertama - kenalpasti punca kelewatan haid

Langkah Kedua - Kenalpasti tanda-tanda seperti pertumbuhan buah dada dan rambut di kemaluan dan ketiak samaada menunjukkan pengeluaran estrogen.

Langkah Ketiga - Pemeriksaan tubuh dan perkakas peranakan adalah penting untuk mengesan kecacatan semulajadi. Jadi lakukan ujian ultrasound pada perut untuk mengesan ada atau tidak rahim dan ovari.

Langkah Keempat - Jalankan ujian darah untuk menyukat paras hormon adalah penting untuk mengenalpasti punca masalah. Rawatan bergantung kepada punca masalah. Pembedahan kecil perlu dilakukan untuk membuka selaput dara jika ianya tertutup. Jika faraj tidak wujud, pembedahan untuk membentuk 'artificial vagina' perlu dilakukan. Rawatan hormon juga perlu diberikan jika puncanya ialah kecatatan pada kilang pituitary atau ovari.

Langkah Kelima - Merawat dengan kaedah urutan terapi dimana ianya merangsang tubuh badan yang bermula dari tulang belakang untuk melancarkan perjalanan darah bagi tubuh badan. Terapi ini harulah menumpukan lebih di bahagian saraf dan organ sistem peranakan.



Haid Tidak Teratur..

Pusingan haid yang tidak teratur ialah pusingan yang kurang daripada 25 hari atau lebih dari 35 hari. Kitaran ini dianggap tidak teratur!!. Ada sesetengah wanita yang haidnya datang 2 atau 3 bulan sekali. Keadaan ini sering berlaku dikalangan anak gadis yang baru memasuki alam remaja atau wanita yang hampir putus haid. Keadaan ini bukanlah merupakan satu penyakit tetapi ianya hanyalah disebabkan oleh gangguan hormon. Wanita yang mengalami masalah ini adalah kurag subur kerana ia kurang mengeluarkan benih.

Jadi kita sebagai wanita perlu lah mengambil langkah segera jika kita merasakan yang kita ada mengalami masalah tentang haid kita. Jangan sesekali mengambil mudah tentang masalah-masalah ini.

Selain dari langkah-langkah diatas, korang juga boleh cuba GLA COMPLEX untuk mengatasi masalah haid korang.

more info :




No comments:

Post a Comment