012-2307867 / azlindaazis@gmail.com

Tuesday 16 September 2014

Cara Naikkan HB Ketika Hamil

Assalamualaikum n salah sejahtera semua...

Preggy mommy mesti biasa dengar pasal HB ni kan...Sama macam saya yang dah beranak 2 ni...masa preggy ank 1st dlu doc mmg marah sbb hb saya slalu rendah...tapi preggy yg 2nd mmg cantik je hb nye..  (senyum sampai telinga)

Kekurangan darah merah atau hemoglobin (Hb) sering berlaku preggy mommy... tetapi masih ramai preggy mommy yang tak tahu kepentingan mengekalkan paras Hb yg baik(>11g/dl) semasa mengandung. 
Secara umumnya kebanyakkan preggy mommy mengalami kekurangan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan HB ni... Kekurangan ini berpunca dari kadar NUTRIEN yang kita ambil seharian kurang mengandungi zat besi.

APA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Macam mana pula kesan terhadap preggy mommy??

Jika Hb kurang, ibu akan cepat berasa letih, kadang2 akan mengalami sesak nafas, pening2 dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/rs berdebar2(palpitation)Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru2, buah pinggang dan boleh membawa maut.

TIPS UNTUK MENAIKKAN HB KETIKA MENGANDUNG

1-Makan JAMBU BATU sebab ianya kaya dengan zat besi

2-Makan HATI AYAM setiap hari. sama ada goreng atau masak (tapi orang kata xelok makan organ dalaman..hehehe)

3- Makan MAKANAN LAUT seerti kerang atau ikan bilis

4- Makan PIL/VITAMIN yang doc slalu bagi tu. Kenalah makan hari-hari sebab HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan.

5- Makan VITALEA sebab ianya kaya dengan zat besi yang diformulasikan khusus dengan 12 vitamin dan 7 galian yang lengkap untuk tubuh manusia. (inilah yang saya amalkan sepanjang mengandung dan berpantang dan sampai lah kehari ini..sebab bagi tenaga dan menjaga kesihatan secara menyeluruh)



#tips untuk makan vitamin
JANGAN makan pil  tambah darah dengan susu, teh susu, kopi susu etc. kerana ia akan mengurangkan kadar penyerapan vitamin.

Jika berminat nak try vitalea ni, meh lah halo-halo saya.. bukan utk preggy mommy je tau...utk semua org bole amik..

LiN 012-2307867
FB : med mordoux
Fanpage: healthy wif aqil pitstop




No comments:

Post a Comment